Lima pengarang The Malaysian Insider (TMI) tampil memberi keterangan di Bukit Aman petang tadi susulan laporan yang disiarkan oleh portal berkenaan mengenai panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Peguam kepada The Edge Media Group, Syahredzan Johan berkata kelima-lima mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Editor Jahabar Sadiq, Pengarang Urusan Lionel Morais, Penolong Pengarang V. Anbalagan, serta Penolong Ketua Sub-Editor Abdar Rahman Koya dan Srihanasham Noordin.
BACA: Portal The Malaysian Insider disekat penyedia jaringan Internet
“Pengambilan keterangan bermula pada jam 3.30 petang dan selesai pada jam 7.30 malam tadi. Mereka memberikan keterangan kepada pihak polis dan juga pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Mereka ditanya tentang rencana mengenai SPRM yang diterbitkan oleh TMI," kata Syahredzan kepada Astro AWANI.
BACA: TMI disekat kerana menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia - SKMM
Tambahnya, mereka disiasat di bawah Seksyen 124(i) Kanun Keseksaan, Seksyen 8(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Mereka memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan SKMM ketika memberikan keterangan,” katanya lagi.
Namun Syahredzan enggan mengulas apabila ditanya bila portal TMI boleh diakses semula.
"Yang itu kena tanya pihak TMI," katanya ringkas.
Semalam, Panel Penilaian Operasi (PPO) yang menasihati SPRM menafikan mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan TMI.
Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dirinya dalam laporan tersebut yang memetik sumber tanpa nama sebagai pemberi maklumat.
Pada Khamis, SKMM telah menyekat laman TMI yang dilakukan berdasarkan aduan-aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.
Syafique Shuib
Fri Feb 26 2016
Pengambilan keterangan lima pengarang The Malaysian Insider bermula pada jam 3.30 petang dan selesai pada jam 7.30 malam tadi.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.