awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 topik untuk sembang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2020
22:48 MYT
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. Penuntut UiTM lemas
Pada petang Sabtu, kegembiraan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering bertukar tragedi selepas dua rakan mereka dilaporkan hilang manakala seorang terselamat.
Pada malamnya, mayat Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi ditemui manakala pada petang semalam, mayat Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan pula ditemui.
2. Perkembangan jangkitan influenza di sekolah
Perkembangan jangkitan influenza yang dikesan berlaku di beberapa sekolah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keadaan masih terkawal dan tiada arahan penutupan sekolah setakat Ahad.
Di Johor, seramai 89 murid, termasuk daripada prasekolah, dijangkiti influenza setakat 1.30 tengah hari semalam.
Pegawai kesihatan daerah kini memantau keadaan di sekolah yang dikesan wujud jangkitan wabak influenza A sebagai usaha mengekang penularan wabak tersebut dalam kalangan pelajar.
3. 'Upin Upin: Keris Siamang Tunggal' ke Oscar?
Keputusan sama ada filem animasi tempatan, ‘Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les' Copaque Production terpilih dalam senarai lima calon akhir bagi Anugerah Akademi Oscar, akan diketahui hari ini.
Pengarah Urusan Les' Copaque Production Burhanuddin Md Radzi berkata syarikat itu telah menghantar sendiri pencalonan ke anugerah filem paling berprestij di dunia itu ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi kategori filem animasi terbaik.
3. Gunung berapi paling aktif di selatan Manila meletus
Gunung berapi Taal, satu daripada gunung berapi paling aktif yang terletak 65 kilometer di selatan Manila, dilaporkan telah mengeluarkan debu pada petang Ahad.
Menurut Ketua Institut Volkanologi Dan Seismologi Filipina, Renato Solidum, keadaan itu memungkinkan gunung berapi di Wilayah Batangas meletus dalam tempoh beberapa hari.
Malam tadi, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina mengumumkan menangguhkan penerbangan sementara ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila.
5. EPL
Aston Villa 1-6 Manchester City Bournemouth 0-3 Watford
Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Ahad di sini.
Topic Berkaitan
#5 topik untuk sembang hari ini
#gunung berapi
#Influenza
#Los Angeles
#Manila
#Oscar
#pelajar
#UiTM
#Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan