Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kes penjualan MyKad kepada warga asing yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata satu Mesyuarat Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Penyampaian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Alwi Ibrahim telah diadakan pada 18 September lalu.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan beberapa langkah penambahbaikan serta-merta dan strategi memperkemas sistem penyampaian JPN termasuk memperketat Prosedur Pengendalian Standard (SOP) sedia ada JPN seperti berikut:

BACA: Jual MyKad, sijil lahir: Pengkhianatan besar negara


Beliau turut menegaskan, KDN tidak akan melindungi mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes penjualan MyKad ini.

“KDN memberi kuasa penuh kepada PDRM untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang disifatkan sebagai pengkhianat negara.

“KDN juga tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita-berita yang tidak sahih dan palsu yang ditularkan," menurut kenyataan itu lagi.

Justeru beliau memberi amaran bahawa tindakan perundangan akan diambil ke atas penyebar berita dan maklumat palsu sebagai pengajaran kepada pihak-pihak lain supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang melibatkan berita tidak benar.


Pada 12 September lalu, seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) Pulau Pinang antara enam individu yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, George Town atas 32 pertuduhan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah kepada warga asing.