Tutup

9 pelajar Malaysia terkandas di Wuhan, tidak sempat pulang sambut Tahun Baharu Cina

9 pelajar Malaysia terkandas di Wuhan, tidak sempat pulang sambut Tahun Baharu Cina
Yao antara pelajar dari Sarawak dilapor masiih terkandas di Wuhan.
SIBU: Sembilan pelajar Malaysia dilaporkan terkandas di Wuhan selepas pihak berkuasa di sana mengenakan perintah kuarantin di wilayah Hubei.

Pengerusi Persatuan Alumni Graduan China Sarawak, Dr Wong Siu Eing berkata, kesemua pelajar terbabit sepatutnya pulang ke tanah air untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada 24 Januari lalu, namun terkandas selepas pihak berkuasa mengarahkan perintah kuarantin akibat wabak  koronavirus sehari sebelum itu.
Namun, ujar Siu Eing, kesemua pelajar yang terkandas itu berada dalam keadaan sihat.

"Kami sentiasa berhubung dengan mereka, dan kesemua mereka mahu ahli keluarga dan rakan mereka di sini tahu bahawa mereka selamat" kata Siu Eing dipetik sebagai berkata dalam laporan akhbar See Hua Daily News.
Bagaimanapun, Siu Eiing tidak memberikan identiti para pelajar terlibat.

Keadaan sebuah jalan di Wuhan yang lenggang selepas dilanda wabak koronavirus ketika ini.



Seorang pelajar dari Sarawak yang terkandas dikenali sebagai Yao merupakan pelajar di University of Geosciences di Wuhan. 

Menurut Siu Eiing, Yao telah merancang untuk pulang ke Malaysia pada ambang Tahun Baharu Cina pada 24 Januari lalu tetapi terpaksa melupakan hasratnya apabila perintah kuarantin dikenakan.

Katanya, Yao ada memaklumkan dia bersama rakan-rakannya dari Malaysia terpaksa tinggal di Wuchang  iaitu salah satu daripada tiga bandar di Wuhan.

"Yao dan tujuh rakannya yang lain tidak dijangkiti dan mereka tinggal di asrama universiti mereka," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Balachandar dari Sarawak turut terkandas bersame isterinya di Wuhan.

Balachandar merupakan seorang  penjawat awam dan dihantar ke Wuhan untuk menjalani latihan.

Bagaimanapun, Balachandar masih berhubung dengan ahli keluarganya menerusi sosial media dan memaklumkan keadaan kesihatannya dan isteri baik-baik sahaja.

Dalam pada itu, Siu Eiing mempelawa pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Wuhan untuk menghubungi mereka jika mereka memerlukan bantuan.

BACA: Koronavirus: Pelawat dari Wuhan, Hubei dihalang masuk ke Malaysia - Tun Mahathir


Tag: koronavirus, pelajar Malaysia, terkandas di Wuhan, Tahun Baharu Cina



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.