Orang ramai telah dikelirukan dengan imej tweet palsu yang tersebar di media sosial berkenaan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun ia bukan dari akaun rasmi Astro AWANI.

Astro AWANI tidak bertanggungjawab dalam memuat naik tweet seperti yang tertera.

AWANI

Dimaklumkan juga tentang kewujudan 'Fake Twitter Generators' di laman web yang membolehkan penyamaran sebagai mana-mana pemilik akaun.

Kami mengharapkan pembaca serta pengikut Astro AWANI di Twitter, Facebook dan Instagram mengikuti kami di laman web untuk pastikan berita yang terkini dan sahih.

Laporan polis mengenai perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu akan segera dibuat oleh pihak pengurusan Astro AWANI.

Pada Khamis, Perdana Menteri menyeru warga media supaya sentiasa berpandukan kepada kebenaran.

BACA: Kejar kebenaran, bukan viralkan penipuan, pesan Najib

Kata Najib, tidak salah untuk berbeza pendapat tetapi perlu adil dan sentiasa mencari kebenaran.

"Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran," kata beliau semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Media Bersama Perdana Menteri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Pada masa yang sama, Najib mengakui kepantasan maklumat era kini nyata memberi cabaran dan tekanan bukan sahaja kepada pemberita tetapi juga kepada ahli politik.