Tutup

Abu Chin Peng: Tunggu kenyataan KDN - Mat Sabu

Abu Chin Peng: Tunggu kenyataan KDN - Mat Sabu
Mohamad Sabu menegaskan, perkara melibatkan isu kesahihan abu, dan bagaimana dibawa masuk ke dalam negara adalah di bawah kuasa KDN sendiri. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menunggu kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu melibatkan dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia, baru-baru ini.

Menterinya, Mohamad Sabu menegaskan, perkara melibatkan isu kesahihan abu, dan bagaimana dibawa masuk ke dalam negara adalah di bawah kuasa KDN sendiri.
“Pendirian selepas siasatan KDN, sebab saya juga apabila berita ini timbul, saya cepat-cepat hubungi Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor (bekas Ketua Polis Negara) yang berunding dan melahirkan perjanjian damai 2 Disember 1989.

“Beliau ada pandangannya , saya akan dedahkan pandangan itu bila saya buat kenyataan nanti, ada juga pandangan lain, ini ada pelbagai perbezaan, saya akan buat pandangan selepas KDN buat siasatan,” katanya pada sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 kementeriannya di sidang Dewan Rakyat, pada Rabu.

BACA: 'Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa' - Laporan

BACA: Tiada permohonan bawa masuk abu Chin Peng

BACA: Tak perlu agungkan Chin Peng: Tuan Ibrahim

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan, melaporkan abu mayat pemimpin PKM itu sudah dibawa masuk ke negara ini pada 16 September lepas, walaupun kerajaan kekal dengan dasar melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk.

Penyelaras kumpulan yang menguruskan abu mayat berkenaan, Chan Kan Fook, 81, berkata, mereka membawa pulang abu mayat Chin Peng dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu.

Menurutnya, mereka menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama abu mayat itu tiba di Ipoh.







Tag: Kementerian Pertahanan, abu Chin Peng, tunggu kenyataan KDN, Mohamad Sabu, Mat Sabu, KDN, Kementerian Dalam Negeri, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, Abdul Rahim Mohd Noor



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.