Abu Kassim bakal jawat semula jawatan KP SPRM?

Abu Kassim bakal jawat semula jawatan KP SPRM?
Sumber dalaman memaklumkan Abu Kassim (gambar) dilihat meluangkan masa kurang sejam di sana sebelum keluar dari pejabat tersebut. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Spekulasi sama ada bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan kembali menerajui agensi tersebut terus bertiup kencang.

Namun sehingga kini masih tidak dapat dipastikan apakah  ia benar kerana masih belum ada kenyataan rasmi daripada Bahagian Komunikasi SPRM berhubung perkara ini.
BACA: Sah! KP SPRM letak jawatan pagi tadi - Ali Hamsa

BACA: Ketua SPRM baharu akan dilantik - Tun M

Abu Kassim antara nama yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletakkan jawatan semalam.

Semalam Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengesahkan peletakan jawatan Dzulkifli dan berkata calon pengganti kini berada di peringkat perbincangan dan akan diumumkan sedikit masa nanti.