Tutup

"Adakah anda setuju bahawa ingatan anda sangat teruk?"- soal Shafee kepada Amhari

"Adakah anda setuju bahawa ingatan anda sangat teruk?"- soal Shafee kepada Amhari
Kata Amhari, dia hanya mengikut arahan Azlin jika mahu mengubah tempat pertemuan.
KUALA LUMPUR: Kecewa dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh saksi kelapan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), peguambela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanya sama ada Datuk Amhari Efendi Nazaruddin mempunyai daya ingatan yang sangat lemah.

Shafee mengemukakan pertanyaan itu selepas Amhari seringkali memberi jawapan beliau tidak tahu apabila disoal balas.

Shafee: Anda adalah orang yang mengatur pertemuan di hotel? Siapa yang memulakan tabiat ini?

Amhari: Ia dicadangkan oleh Jho Low. Saya menyemak dengan Azlin dan dia okey dengannya. Kadang-kadang kita menggunakan Prince Hotel tetapi tidak selalu.

Shafee: Kenapa Prince Hotel? Azlin terpaksa datang dari Kajang dan anda dari Kota Damansara. Kenapa Prince Hotel?
Amhari: Itu disyorkan oleh Jho Low. Dan saya mengikut arahan Azlin. Jika mereka mahu mengubah tempat itu, kami akan (mengubahnya).

Shafee: Bilakah mesyuarat-mesyuarat ini diadakan?

Amhari: Ia adalah permulaan TIA.

Shafee: Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat pertama?
Amhari: Saya tidak ingat.

Shafee: Adakah anda setuju bahawa memori anda tidak baik? (semua dalam mahkamah ketawa)

Amhari: Ada banyak perkara yang dibincangkan dengan Jho Low. Saya tidak dapat mengingati semua. Tugas saya adalah untuk mengatur mesyuarat.

Hari ini merupakan hari keenam perbicaraan kes 1MDB melbatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Skandal yang mengubah landskap politik negara itu dibicarakan dihadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Pendakwaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Najib diwakili Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

BACA: Jho Low rapat dengan Najib dan Rosmah, sering hadir majlis eksklusif

Tag: SRC International, 1MDB, 1Malaysia Development Berhad, Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.