awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jho Low rapat dengan Najib dan Rosmah, sering hadir majlis eksklusif

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
10/09/2019
05:27 MYT
Jho Low rapat dengan Najib dan Rosmah, sering hadir majlis eksklusif
Jawapan yang diberikan oleh Najib yang berbunyi -Jho Low tidak mempunyai keterlibatan dalam 1MDB" disediakan sendiri oleh ahli perniagaan dalam buruan itu.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa jawapan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berbunyi “Jho Low tidak mempunyai keterlibatan dalam 1MDB" disediakan sendiri oleh ahli perniagaan dalam buruan itu.
Saksi kelapan yang juga bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, memberitahu mahkamah perkara itu ketika sesi soal balas yang dilakukan peguambela Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah.
Apabila disoal sama ada beliau memliki soalan-soalan yang kerap ditanya (FAQ) itu, Amhari menjelaskan, ia boleh menjadi antara yang disita oleh SPRM.
Amhari berkata, Najib diberi taklimat mengenai hal itu oleh Allahyarham Azlin Alias sebelum kematiannya pada 4 April 2015.
Mahkamah juga diberitahu Jho Low rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan Najib kerana sering dilihat dalam majlis-majlis peribadi mereka yang sangat eksklusif.
Shafee: Apa yang menyebabkan kamu membuat kesimpulan bahawa Jho Low dan Rosmah rapat?
Amhari: Dari segi majlis. Sebahagian daripada majlis-majlis ini, saya tidak mahu menyamaratakan kehidupan peribadi seseorang, tetapi untuk beberapa majlis peribadi yang dianjurkan Najib dan Rosmah pada tahun-tahun awal, saya akan lihat Low di sana juga. Ia sangat eksklusif.
Shafee: Berapa ramai orang yang menghadiri majlis tersebut?
Amhari: Sekitar 100 orang.
Saksi itu menambah beliau percaya Low dan Rosmah rapat ketika mendengar suaranya dalam perbualan telefon.
Ini berlaku ketika beliau dan Allahyarham Azlin berada dalam pertemuan dengan Low di Hotel Prince di Kuala Lumpur.
Hari ini merupakan hari keenam perbicaraan kes 1MDB melbatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Skandal yang mengubah landskap politik negara itu dibicarakan dihadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Pendakwaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Najib diwakili peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.
Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion. BACA: 1MDB: Amhari nafi bantu Jho Low dalam perjanjian Iskandar Malaysia
BACA: Perbicaraan kes 1MDB: Amhari akui buat pinjaman AS$200,000 daripada Jho Low
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Jho Low
#Jho Low rapat dengan Najib
#majlis eksklusif
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan