Siasatan dalaman oleh badan kehakiman berhubung akuan afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer yang mengandungi dakwaan campur tangan badan kehakiman, digantung kerana siasatan polis, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.
Bagaimanapun Tengku Maimun berkata beliau tidak tahu perkembangan siasatan polis dan sama ada mereka telah mengemukakan laporan atau kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Ia (siasatan dalaman) digantung kerana polis jalankan siasatan. Pihak polis datang dan menemu bual kami (hakim).
"Keputusan yang diambil pihak pengurusan atasan semasa itu (semasa tempoh perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum) adalah untuk menangguhkan dulu siasatan dalaman kerana polis sedang menjalankan siasatan," katanya kepada media apabila ditanya berhubung siasatan dalaman oleh badan itu.
Ketua Hakim Negara berkata demikian semasa sesi bertemu media di pejabatnya di Istana Kehakiman di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Tengku Maimun berkata anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo telah menulis kepadanya berhubung perkara itu.
"Saya beritahu beliau saya tidak boleh jalankan siasatan atau teruskan siasatan yang dimulakan Tan Sri Richard Malanjum kerana konflik kepentingan memandangkan saya seorang daripada tiga hakim dalam panel yang mendengar kes rayuan hasutan Karpal (di Mahkamah Rayuan).
"Saya sendiri beritahu Sangeet bahawa aduan itu berkaitan dengan kes bapanya, jadi saya tidak boleh terlibat dalam siasatan berkaitan perkara itu, dia faham," kata Tengku Maimun.
Pada 12 Julai 2019 Sangeet memberitahu media beliau membuat permohonan rasmi kepada Tengku Maimun, yang menggantikan Malanjum sebagai ketua hakim negara yang baharu, untuk menyiasat semula perkara itu.
Pada 22 Okt 2019 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula yang difailkan Sangeet berhubung dakwaan campur tangan badan kehakiman dalam keputusan kes hasutan bapanya.
Pada 14 Feb 2019, Hamid Sultan memfailkan afidavit mengandungi 63 halaman untuk menyokong saman pemula yang difailkan Sangeet.
Dalam saman pemula, Sangeet memohon antara lain suatu deklarasi bahawa Ketua Hakim Negara telah gagal melaksanakan tugasnya sebagai ketua badan kehakiman untuk mempertahankan integriti dan kredibiliti badan itu apabila gagal melengkapkan siasatan berkaitan dua dakwaan campur tangan badan kehakiman.
Dakwaan pertama mengenai keputusan rayuan kes hasutan mendiang ayahnya Karpal Singh dan dakwaan kedua, dalam kes penukaran agama Islam melibatkan anak guru tadika M. Indira Gandhi.
Pada 30 Mei 2016, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 mengekalkan sabitan kesalahan menghasut Karpal yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 21 Feb 2014 berhubung kenyataan yang dibuat perayu pada 2009 mengenai tindakan Sultan Perak menyingkirkan menteri besar ketika itu.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohtarudin Baki. Hakim Datuk Kamardin Hashim sependapat dengan Mohtarudin tetapi Hakim Tengku Maimun menentang.
Pada 28 Mac 2019, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya ketika itu, Tan Sri Zaharah Ibrahim, membebaskan Karpal daripada pertuduhan hasutan, memutuskan terdapat salah arah dalam undang-undang yang serius oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan kerana kedua-dua mahkamah gagal untuk menilai pembelaannya.
Karpal Singh, seorang peguam dan ahli politik terkemuka, meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Perak pada awal pagi 17 April 2014.
Sangeet seorang peguam, mempunyai firma guaman sendiri.
Berhubung isu lain, Tengku Maimun juga menggesa orang ramai membuat aduan melalui saluran yang betul jika mereka mengetahui tentang salah laku kehakiman.
Beliau berkata ini adalah untuk mengelakkan badan kehakiman daripada tercemar.
"Ini kerana apabila anda memberitahu seluruh dunia, ia bukan hanya mencemarkan badan kehakiman, ia juga akan mencemarkan negara," kata Ketua Hakim Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 03 2020
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat pada Majlis Ramah Mesra bersama para pengamal media di Istana Kehakiman pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Afidavit hakim: Siasatan dalaman badan kehakiman digantung kerana siasatan polis
Siasatan dalaman oleh badan kehakiman berhubung akuan afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, digantung kerana siasatan polis.