Agenda Bumiputera dalam Pelan Kemakmuran Bersama merupakan pemangkin yang merencana kaedah untuk memastikan keseimbangan mengecapi agihan ekonomi dalam kalangan usahawan pelbagai kaum dan bukan hanya dimonopoli kaum tertentu semata-mata.
Pengerusi Biro Ekonomi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BE-Bersatu) Tan Sri Abdul Aziz Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata mekanisme pengisian agenda berkenaan yang dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang berakhir semalam, perlu direstui, disokong dan dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan yang mahu menjuarai semangat Malaysia Baharu.
Beliau berkata Agenda Bumiputera dalam era Malaysia Baharu harus dilihat dalam konteks keseimbangan dan dinamika generasi hari ini.
"Era teknologi digital telah menjadi pemisah antara generasi, atau lebih tepat generasi celik IT dengan generasi buta IT. Jika tidak ditangani dengan bijak, jurangnya akan menjadi lebih besar dan menyebabkan ada pihak tertinggal dan tidak termaklum akan perkembangan terkini.
Ekonomi era digital telah berkembang pesat dan diterima pakai secara terkini dan membolehkan urusan perbankan, perolehan, sumber manusia, pengenalan produk dan perkhidmatan, pemasaran dan penghantaran boleh dipromosi, diselidik, disahkan, dibayar dan dihantar melalui transaksi maya," katanya.
Abdul Aziz yang juga Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu turut berkata pengurusan terhadap pengumpulan dan pemilikan Data Raya mengenai usahawan Melayu-Bumiputera perlu dipantau dan dikawal selia secara menyeluruh agar tiada siapa yang terpinggir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan individu, institusi atau parti tertentu semata-mata.
Dalam pada itu, beliau berkata kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0 tidak dilihat sebagai suatu ancaman tetapi suatu peluang dalam menggerakkan kebolehan dan keupayaan selepas meneroka dan memahami kaedah pelaksanaan pelbagai jenis karier dalam perspektif baharu.
"Biro Ekonomi percaya bahawa Agenda Bumiputera ini boleh dicapai melalui keserasian yang lebih padu dalam kalangan setiap lapisan pemimpin Bersatu dengan penglibatan aktif dan agresif generasi muda Armada dan Srikandi," katanya.
BE-Bersatu akur bahawa platform memperkukuh kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera perlu diambil perhatian serius agar mereka tidak ketinggalan dalam menghadapi persaingan dunia perniagaan dan keusahawanan terutama dalam era teknologi digital dan bahang Revolusi Perindustrian 4.0.
Bernama
Mon May 06 2019
Revolusi Perindustrian 4.0 tidak dilihat sebagai suatu ancaman tetapi suatu peluang dalam menggerakkan kebolehan dan keupayaan selepas meneroka dan memahami kaedah pelaksanaan pelbagai jenis karier dalam perspektif baharu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Pesawat FedEx mendarat cemas akibat masalah gear pendaratan
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye kerana berhadapan dengan masalah pada gear pendaratannya. Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat, FedEx.
Rasuah $10.9 Juta: Timbalan Menteri Pertahan kekal dipenjara
Mahkamah Rusia pada Rabu menolak rayuan pembebasan yang dikemukakan oleh timbalan menteri pertahanan negaranya, Timur Ivanov yang kini disabitkan bersalah dalam kes rasuah bernilai 10.9 juta dolar Amerika. Ivanov yang kini berada dalam proses 'pra-perbicaraan kini masih ditahan di penjara dan permohonannya untuk melalui proses penahanan di rumah ditolak mahkamah yang mana ia adalah merupakan skandal rasuah terbesar melibatkan menteri kabinet negara itu untuk sekian lama.
Mayat terakhir pekerja dalam runtuhan jambatan AS ditemui
Mayat keenam dan terakhir kemalangan sebuah kapal kontena melanggar jambatan Francis Scott Key, Baltimore Amerika Syarikat ditemui pada Selasa. Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Jose Mynor Lopez, 37 tahun, seorang pekerja binaan di jambatan berkenaan berasal dari Baltimore, Maryland.
[TERKINI] Selangor FC umum tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih
Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MB Johor yakin kemampuan polis siasat insiden serangan ke atas Safiq
Kerajaan Negeri Johor yakin kewibawaan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengesan individu yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kini mengetuai delegasi Malaysia ke Ottawa, Kanada untuk menjalankan kajian terperinci mengenai konsep pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Komuniti Mengkuang Titi, Peminat Faisal Halim adakan bacaan Yassin
Lebih 300 peminat dan juga komuniti Mengkuang Titi hadir pada majlis bacaan Yassin dan Doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan kesembuhan Faisal Halim.
Penginapan di Madinah selesa dan mesra OKU
Tiga hotel tempat penginapan jemaah haji Muassasah di Madinah iaitu Emaar Royal, Saja Al Madinah dan Movenpick menyambut kumpulan pertama jemaah KT 001 yang akan tiba di Madinah pada pagi, 9 Mei 2024 dan kumpulan lain yang akan menyusul secara berperingkat sehingga Jun ini.
Agenda Bumiputera pemangkin agihan ekonomi pelbagai kaum
Agenda Bumiputera dalam Pelan Kemakmuran Bersama merupakan pemangkin yang merencana kaedah untuk memastikan keseimbangan mengecapi agihan ekonomi dalam kalangan usahawan pelbagai kaum.