Ahli PIBG didenda RM350,000 beri pinjaman tanpa lesen

Ahli PIBG didenda RM350,000 beri pinjaman tanpa lesen
Hukuman itu diputuskan hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Norma Ismail terhadap tertuduh Pang Siew Chan, 49 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
AYER KEROH: Seorang ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) di Melaka didenda RM350,000 telah kerana memberi pinjaman wang tanpa lesen sah.

Hukuman itu diputuskan hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Norma Ismail terhadap tertuduh Pang Siew Chan, 49 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Tertuduh didapati beri pinjaman wang sebanyak RM10,000 kepada warga emas Ng Yew Moi, 63 tahun tanpa lesen perniagaan pemberi pinjam wang yang sah.

Kesalahan tersebut dilakukan di Taman Cheng Baru Melaka, sekitar Oktober 2013.

Ahli perniagaan itu didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM250,000 dan maksima RM1 juta jika sabit kesalahan.