Ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM) akan dilindungi daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan tugas melalui caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
SAM dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan langkah itu diambil persatuan selepas Perkeso memperkenalkan skim baharu untuk pekerjaan sendiri yang baru dilancarkan pada 1 Januari 2020.
Melalui caruman itu, ahli SAM yang sebahagiannya 'freelancer' dari pelbagai agensi media sukan ditawarkan faedah tunai dan tanggungan di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional melalui caruman Perkeso itu.
"SAM melihat kerjasama dengan Perkeso ini sedikit sebanyak akan dapat membantu ahli SAM terutamanya yang bekerja sambilan dalam industri media untuk mendapatkan perlindungan insurans. Kami mahu kebajikan dan masa depan mereka serta ahli keluarga terbela sekiranya sesuatu yang buruk menimpa.
"Antara faedah kepada ahli SAM ialah mereka yang ditimpa bencana pekerjaan boleh mendapat rawatan percuma di klinik panel Perkeso serta bayaran ganti belanja rawatan.
Ia juga menawarkan pencen bulanan bermula RM945 sebulan kepada isteri atau tanggungan atau ibu bapa yang akan dibayar sepanjang hayat. Ini sesuatu yang perlu dilakukan segera oleh SAM bagi melindungi ahli-ahli kami," kata Presiden SAM Jasni Shafie.
Persefahaman itu dimeterai ketika Jasni mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed di Menara Perkeso, di sini pada Isnin.
Melalui skim Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri itu, caruman serendah RM157.20 setahun (RM13.10 sebulan) memberikan faedah perubatan, hilang upaya kekal atau sementara, bayaran elaun dan faedah orang tanggungan serta kemudahan pemulihan jasmani serta pendidikan.
Ia telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri, termasuk mereka yang terlibat dalam media sukan seperti penulis sukan, wartawan, editor, jurukamera, jurugambar, artis grafik, juruteknik, produser dan mereka yang terlibat di balik tabir dalam industri media sukan.
SAM berharap kerjasama dengan Perkeso dapat membuka peluang kepada ahlinya membuat persiapan menghadapi sesuatu yang tidak diduga, apatah lagi dengan suasana ekonomi tidak menentu yang menyaksikan sebahagian industri media tempatan terpaksa ditutup atau saiznya dikecilkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 06 2020
Melalui caruman itu, ahli SAM yang sebahagiannya 'freelancer' dari pelbagai agensi media sukan ditawarkan faedah tunai dan tanggungan.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Ahli SAM akan dilindungi caruman Perkeso
Langkah itu diambil persatuan selepas Perkeso memperkenalkan skim baharu untuk pekerjaan sendiri yang baru dilancarkan pada 1 Januari 2020.