Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan akui berada dalam kumpulan 'Kami anti Ahmad Maslan' di WhatsApp dan tidak akan keluar dari kumpulan itu.

Ahmad Maslan yang ditemui sebelum program Analisis AWANI pada Rabu menjelaskan bahawa kumpulan sebegitu membenarkan beliau untuk mendapat maklum balas dari pihak akar umbi.

MESTI BACA: "Apa salah arwah ayah saya sehingga dihina sebegini?" - Ahmad Maslan

"Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang sentiasa memenuhi telefon bimbit saya.

"Bermacam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan 'Kami Anti Ahmad Maslan'. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.

MESTI BACA: 'Bolehkah mereka ini hidup tanpa sebar fitnah?' - Ahmad Maslan

"Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya," kongsi Ahmad Maslan kepada Astro AWANI dalam satu temuramah khas untuk kenali sisi peribadi beliau.

Selain itu, sebagai seorang ahli politik beliau tidak mempunyai banyak masa lapang bersama keluarga dan harus 'curi-curi masa' untuk minum petang atau makan malam bersama mereka.

MESTI BACA: "Orang tanya BN boleh menang esok? Saya kata esok bukan PRU" - Ahmad Maslan

MESTI BACA: Kenyataan "esok" Ahmad Maslan jadi bahan jenaka

Tambahnya, sejak dikenali ramai berikutan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ramai yang ingin rakam selfie bersama beliau ketika di tempat awam.

"Kalau saya ada di IOI Mall atau Alamanda, ramai yang menyapa dan ambil gambar dengan saya. Saya menghargai semua itu," katanya.

MESTI BACA: Nasi goreng timun Ahmad Maslan dikecam netizen

Ikuti temubual penuh bersama Ahmad Maslan:



MESTI BACA: Kenyataan Ahmad Maslan sememangnya 'lawak antarabangsa' - Muhyiddin

MESTI BACA: GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan

MESTI BACA: Ahmad Maslan tidak bodoh - Mohammad Agus
MESTI BACA: Aplikasi 'Maslan 3.85' melampau dan keterlaluan - Puteri UMNO

MESTI BACA:
Ahmad Maslan terima kejutan hari jadi di Astro AWANI