awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Maslan nafi dapat arahan dilarang bercakap mengenai GST

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2015
23:15 MYT
Ahmad Maslan nafi dapat arahan dilarang bercakap mengenai GST
Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau menerima arahan daripada kepimpinan tertinggi Umno agar berhenti bercakap mengenai GST.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau menerima arahan daripada kepimpinan tertinggi UMNO agar berhenti bercakap mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) sepanjang minggu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.
Menurut laporan The Malaysian Insider, Ahmad Maslan berkata tiada sebarang arahan sebegitu diberikan kepadanya oleh mana-mana kepimpinan parti.
"Saya tidak diminta oleh pucuk pimpinan untuk berhenti bercakap mengenai cukai itu. Kalau saya berhenti bercakap mengenai GST, bermakna pembangkang menang," katanya sewaktu ditemui pemberita di pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Permatang Pauh, pada Rabu.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan Ketua Penerangan UMNO itu telah diberi amaran untuk tidak terlalu menekankan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sepanjang minggu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh sebelum hari pengundian Mei depan.
Menurut sumber dalaman UMNO itu, Ahmad juga diminta tidak bercakap isu GST terutama di Rompin yang memungkinkan kejatuhan majoriti di kawasan berkenaan.
"Ada kepimpinan tertinggi UMNO warning Ahmad Maslan mengenai kelantangannya dalam isu GST. Ia memungkinkan majoriti undi di Rompin berkurang dan kegagalan menawan Permatang Pauh.
"Usahanya bagus namun kenyataannya sering dimanipulasi pembangkang sehingga menyebabkan banyak isu yang ditimbulkannya kena semula kesannya kepada parti," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Ahmad Maslan tolak jemputan pembangkang untuk debat GST
BACA: GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan
BACA: Tun M masih tidak faham GST - Ahmad Maslan
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#GST
#Permatang Pauh
#PRK
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan