awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar, keadaan pantai di Selangor terkawal

Bernama
Bernama
10/09/2018
02:59 MYT
Air pasang besar, keadaan pantai di Selangor terkawal
Gelombang pertama fenomena air pasang diramal bermula hari ini hingga 12 Sept di pesisiran pantai negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.5 meter. - Gambar hiasan
Keadaan pantai di lima daerah di Selangor masih terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku di pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku awal hari ini.
Menurut kenyataan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, ban ataupun benteng kepada pesisir pantai kukuh dan berada dalam keadaan baik selain tiada rebakan berskala besar.
"Tiada sebarang pusat pemindahan yang dibuka setakat ini sehingga pukul 9 pagi ini," katanya.
Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam kini diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bagi menghadapi fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir sekiranya berlaku angin kencang dan hujan lebat.
Gelombang pertama fenomena air pasang diramal bermula hari ini hingga 12 Sept di pesisiran pantai negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.5 meter.
BACA: 2,000 anggota APM sedia hadapi air pasang besar di Pantai Barat
Kenyataan itu menyebut kemuncak air pasang di pesisiran pantai negeri Selangor dicatatkan di Pelabuhan Klang pada kadar 5.4 meter kira-kira pukul 6.25 pagi, namun keadaan masih terkawal.
"Hujan lebat hari ini turut menyebabkan banjir kilat di Jalan Jepun dan Kampung Delek di daerah Klang, namun paras air surut selepas kunci air dibuka," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang
#angin kencang
#ban
#banjir
#Benteng
#hujan lebat
#Klang
#limpahan air
#Pantai
#paras air laut
#Pelabuhan Klang
#pesisir pantai
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan