Kerajaan akan mengambil kira semua pandangan dan pendirian semua pihak, di samping mengadakan sesi libat urus (public engagement) bersama pemimpin kerajaan dan pembangkang berhubung isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, apa jua keputusan yang diambil mengenai ICERD, kerajaan memberi jaminan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 153 tidak akan dipinda atau dimansuhkan.
"Saya dah jelaskan pendirian kerajaan berhubung ICERD pada Khamis lalu semasa menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 Isnin lalu, ingin saya nyatakan lagi kerajaan beri jaminan Perkara 153 Perlembagan Persekutuan tidak akan dipinda atau dimansuh.
"Dan sekiranya ICERD perlu diratifikasi kelak, maka pendirian, pendapat dan cadangan semua pihak akan diambil kira, kita akan adakan public engagement (sesi libat urus) dengan semua wakil kerajaan, pembangkang, semua sekali, kalau hanya selepas itu sekiranya perlu sahaja kita akan ambil tindakan sewajarnya (mengenai ICERD)," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Berbeza dengan penggulungan Isnin lalu yang menyaksikan beliau diserang Ahli Parlimen terutama daripada blok pembangkang berhubung isu ICERD, kali ini sesi penggulungan Waytha Moorthy berlangsung tenang.
BACA: Dewan Rakyat kecoh dengan laungan "rasis"
VIDEO: Beri peluang pada Waytha, dia masih baharu - Tun Mahathir
Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS yang bangkit mencelah juga tidak menyebut mengenai ICERD, sebaliknya meminta menteri itu memberi perhatian terhadap masalah dihadapi masyarakat India di kawasan masing-masing.
Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, Waytha Moorthy berkata beliau sedia membantu siasatan berhubung video klip kenyataannya yang tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang serius.
BACA: "Itu video lama"
"Boleh. Ya, saya sedia beri kerjasama," katanya ringkas ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam sidang media hari ini memberitahu, polis akan memanggil Waytha Moorthy dalam masa terdekat bagi memberi keterangannya yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Malaysia di luar negara. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 22 2018
Waytha Moorthy berkata, Kerajaan akan mengambil kira semua pandangan dan pendirian semua pihak, di samping mengadakan 'public engagement' sebelum apa-apa keputusan dibuat. - BERNAMA/Fail
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Kalimah Allah: Ummah Malaysia mahu adakan bantahan besar-besaran jika isu tidak diatasi
Beberapa siri bantahan secara besar-besaran bakal diadakan sekiranya isu penggunaan kalimah Allah tidak diatasi dengan sebaiknya oleh kerajaan, kata Presiden Ummah Malaysia, Mohd Zai Mustafa.
Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM
Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan 'kesilapan politik' dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia.
'Video lama, ditularkan semula' - Acryl Sani
Dalam video tular itu, ucapan lelaki berkenaan menyatakan sebuah perhimpunan akan diadakan pada 8 Disember.
Serang institusi diraja tidak akan selesai masalah - TMJ
Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menyerang institusi diraja bukan Langkah yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu.
ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.
Muafakat Nasional: UMNO jangan hantar signal keliru kepada Pas - Tengku Putra
Kepimpinan UMNO diminta tidak menghantar signal mengelirukan kepada Pas yang telah membuktikan kesetiaan mereka kepada perjuangan Muafakat Nasional (MN) selama ini.
ICERD, Statut Rom bercanggah dengan Perlembagaan - Sultan Johor
Titah baginda, tindakan tersebut menyentuh kuasa Raja-Raja, keistimewaan orang Melayu dan kemuliaan agama Islam di negara ini.
Setiap industri harus tetapkan 'kuota kaum'
Presiden PCORE, Datuk Halimah Mohd Said berkata ini perlu bagi menjadikan semua industri lebih terangkum.
Isu ICERD: 'Sekurang-kurangnya kita tinggal dunia lebih baik untuk anak cucu'
Dr Anjhula dari Amnesty International berkata Malaysia berada di landasan yang betul dari segi pengiktirafan hak asasi manusia.
ICERD: SUHAKAM sombong, angkuh - UMMAH
Pengerusi UMMAH templak kenyataan SUHAKAM mahu teruskan tekanan kepada kerajaan mengenai ICERD.