Pihak berkuasa Malaysia menerima maklumat mengenai akaun individu dari Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada siasatan dakwaan penyelewengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perkara itu didedahkan Wall Street Journal (WSJ), berdasarkan dokumen berkaitan siasatan berkenaan.
Maklumat tersebut mendedahkan individu berkenaan, yang dIkenali sebagai Jho Low yang dipercayai membantu menubuhkan 1MDB, mempunyai lebih daripada AS$500 juta (RM1.9 bilion) dalam akaun peribadinya.
Maklumat berkenaan jumlah wang dalam akaun Jho Low, menjadi tumpuan siasatan polis Singapura dan Bank Negara Malaysia (BNM), selepas polis Malaysia meminta kerjasama Singapura untuk membantu menyiasat dana terbabit.
Low sebelum ini menafikan sebarang penglibatan dalam 1MDB dan mempertahankan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam syarikat berkenaan.
Low sebaliknya menyifatkan peranan beliau hanya sebagai penasihat.
WSJ minggu lalu mendedahkan siasatan ke atas 1MDB mengesan hampir AS$ 700juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Namun dakwaan itu dinafikan Najib.
Siasatan mendapati sumber asal dana berkenaan tidak jelas, sementara siasatan kerajaan tidak memperincikan apa sebenarnya yang berlaku.
Pihak berkuasa Malaysia minggu lalu menerusi Pasukan Petugas Khas membekukan enam akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan pemindahan wang tersebut, namun tidak mendedahkan pemilik akaun terlibat.
Peguam Negara pada Khamis mengesahkan tiga daripada akaun yang dibekukan bukan seperti dilaporkan dalam WSJ.
Pasukan Petugas Khas turut menyerbu pejabat 1MDB pada Rabu, dan merampas dokumen yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan.
Low menjadi individu berprofil tinggi di Amerika Syarikat berikutan minatnya dalam pembelian hartanah mewah di negara berkenaan, serta hubungan rapatnya dengan golongan sosialit seperti Paris Hilton, selebriti Leonardo Dicaprio.
Syarikat Low terlibat dalam urusniaga pengambil alihan syarikat EMI Music Publishing dan Hotel New York Park Lane.
Astro Awani
Fri Jul 10 2015
Jho Low yang dipercayai membantu menubuhkan 1MDB, mempunyai lebih daripada AS$500 juta (RM1.9 bilion) dalam akaun peribadinya.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.