Seorang lelaki yang mempunyai masalah pelupa meninggal dunia selepas lebih 60 peratus bahagian badannya terbakar dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Gajah di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Somsak Din Keliaw berkata siasatan awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai S. Arumugam, 44, juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis yang kronik.
Katanya kebakaran pada kira-kira 8.30 pagi itu bermula dari bahagian dapur rumah selepas mangsa yang ketika itu tinggal bersendirian dikatakan terlupa menutup api dapur gas selepas memasak.
"Ketika kejadian, mangsa dipercayai lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri kerana kita menemui mayatnya di luar rumah dan semasa itu isteri serta anak mangsa keluar ke pekan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, R. Balaratnam berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 8.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di kawasan hutan kelapa sawit.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran di rumah berkenaan telah terpadam dan hanya tinggal bara-bara api.
"Rumah musnah terbakar 90 peratus dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat," katanya.
Bernama
Sun Sep 04 2016
Api dari dapur gas yang dibiarkan terbuka jadi penyebab kebakaran yang meragut nyawa. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Akibat tidak tutup api gas, lelaki dengan masalah pelupa mati terbakar
Siasatan awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai S. Arumugam, 44, juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis yang kronik.