Tutup

Amal jadi komponen pemulihan MAS

Amal jadi komponen pemulihan MAS
HAZMAN: Dari Amal, kesan pemulihan ini merupakan komponen utama apabila sampai kepada pasaran umrah dan haji. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Amal oleh Malaysia Airlines menjadi satu komponen dalam langkah pelan pemulihan Malaysia Airlines Bhd. (MAS).

Ketua Pegawai Eksekutif Amal, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, ia berada di landasan terbaik namun mengakui perjalanan untuknya masih jauh.

"Dari Amal, kesan pemulihan ini merupakan komponen utama apabila sampai kepada pasaran umrah dan haji.

"Kita di Malaysia ada 250,000 jemaah dan 1 juta lagi di Indonesia. Di Malaysia jemaah umrah mengikut musim, pada musim cuti sekolah ada tiga kali sehari dan sekarang satu kali sehari.
"Misi kita membuka akses kepada remaja di bawah 30 tahun, kita perlukan 20 peratus pasaran untuk meningkatkan peratusan. Kita harap pulangan MAS yang lebih baik," katanya di sini, pada Jumaat.

BACA: Nasib Malaysia Airlines: Kerajaan tutup atau jual?
BACA: 
Mana pergi pelan pemulihan Malaysia Airlines, soal Najib

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menandatangani menandatandangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Into Taqwa Malaysia.

Ia ditandatangani antara Hazman dan Pengasas Into Taqwa, Fara Othman.

Melalui perkongsian ini, Amal dan Into Taqwa bekerjasama dalam mempromosi perjalanan haji dan umrah di rantau ini dengan penekanan pada kalangan remaja.

Mereka juga berhasrat meneroka peluang kerjasama lain termasuk mengintegrasikan kandungan media ke dalam ke dalam pesawat untuk pengalaman jemaah haji dan umrah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah terbaik untuk menyelamatkan syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Ia susulan kerugian yang dihadapi Malaysia Airlines sejak beberapa tahun lalu sekali gus menjadi penyumbang kepada susut nilai Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Katanya, antara langkah lain yang boleh diambil termasuk menjual atau menyuntik dana kepada syarikat penerbangan negara itu.