awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM lepasi sasaran kutipan, rekod RM76.18 bilion pada 2025
Juruaudit luar syarat baharu konsesi penyelenggaraan jalan - Nanta Linggi
Buang puntung rokok, buruh binaan didenda RM300
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aman Palestin sasar RM15 juta untuk kempen 10 For Smiles

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
15/10/2019
15:17 MYT
Aman Palestin sasar RM15 juta untuk kempen 10 For Smiles
ANAS: Kempen 10 For Smiles yang memberi fokus kepada rakyat negara ini, Indonesia, Singapura dan seluruh dunia. - Gambar Astro AWANI
Aman Palestin menyasarkan kutipan sumbangan berjumlah RM15 juta untuk Kempen 10 For Smiles yang memberi fokus kepada rakyat negara ini, Indonesia, Singapura dan seluruh dunia.
Pengarah Media dan Korporat Aman Palestin Berhad, Anas Abdul Wahab berkata, ia sumbangan yang mampu diberikan oleh sasaran daripada 1.5 juta rakyat negara ini dengan jumlah RM10.
"Jadi 10 For Smile ini kita akan ada subkempen. Kita ada sedekah Jumaat, setiap Jumaat, kita akan naikkan poster dan apa sahaja yang boleh sampai kepada masyarakat dalam bentuk kumpulan WhatsApp, Telegram, Twitter dan apa sahaja media sosial yang kita boleh sasarkan.
"Kerana hari Jumaat adalah hari yang cukup istimewa bagi kita semua, kita pasti akan dapat," katanya semasa sidang media selepas sesi Jelajah Kembara Ilmu Bersama Hamza bersama Pegawai Media Aman Palestin Gaza, Hamza Deirawi di pejabatnya.
BACA: Aman Palestin kumpul sumbangan bantu warga Palestin lalui Ramadan
TONTON: Jom Derma Untuk Palestin
Hamza terlibat dalam bidang media dan pengumpulan maklumat mengenai Gaza, palestin dan keseluruhannya sekian lama.
Sebahagian besar wartawan negara ini menggunakan maklumat disalurkan Hamza kerana ia merupakan yang terkini.
Jelas Anas, jelajah itu sekali gus membuka ruang pelbagai pihak untuk mendapatkan perkongsian terkini mengenai Palestin.
Dalam pada itu Anas berkata, kempen mega yang diadakan Aman Palestin setiap tahun, Bantuan Untuk Syria memberi fokus kepada banduan yang dikumpulkan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin dan Syria termasuk di kem pelarian.
Untuk menyertainya, ujar Anas, orang ramai, pengurusan surau dan masjid serta syarikat korporat boleh menghubungi pejabat cawangan Aman Palestin di seluruh negara atau melayari laman sesawang: www.amanpalestin.net.
Katanya, orang ramai juga boleh menyumbang secara memuat turun aplikasi JOM MENYUMBANG (untuk Android) dan Aman Palestin Berhad (IOS) atau menghubungi talian 03-8922 2017 atau 019 2903013.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Indonesia
#Media
#media sosial
#Palestin
#pelarian
#rakyat
#Ramadan
#Singapura
#Syria
#Twitter
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan