awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil alih FGV? Kerajaan belum buat keputusan - Mohamad Sabu

Irwan Muhammad Zain, Hasimi Muhamad
Irwan Muhammad Zain, Hasimi Muhamad
08/12/2019
08:39 MYT
Ambil alih FGV? Kerajaan belum buat keputusan - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menyampaikan ucapan penangguhan ketika Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung pengambilalihan aset FGV Holdings Berhad.
Menurut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, perkara itu masih lagi di peringkat perbincangan.
“Masih di peringkat perbincangan sekarang, dan ia disuarakan (meneliti perkara itu).
“Kita akan bincangkan di peringkat Pakatan Harapan supaya ia tidak berulang seperti yang berlaku kepada FGV, dan bentuk-bentuk yang disebut tadi pun belum ada satu benda yang konkrit lagi hanyalah di peringkat khabar angin sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Ahad.
BACA: Jangan biarkan pihak ketiga kuasai FGV - Mazlan Aliman
Ditanya mengenai dakwaan bahawa Lembaga Pengarah FELDA akan menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi berbincang mengenai perkara itu, Mohamad berkata; “Ia tidak benar.”
Bagaimanapun, sekiranya ada pihak yang berniat untuk mengambil alih syarikat tersebut, Mohamad berkata, kerajaan perlu meneliti perjanjian dan syarat yang dikemukakan.
Terdahulu, tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dilaporkan mempunyai pelan untuk menguasai FGV dengan membeli 20 peratus kepentingan dalam syarikat gergasi perladangan itu.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah Datuk Mazlan Aliman, ketika ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional 2019 turut menyentuh mengenai perkara sama.
Topic Berkaitan
#FGV Holdings Berhad
#Konvensyen Nasional Amanah 2019
#Mahathir Mohamad
#Mazlan Aliman
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#Pakatan Harapan
#pengambilalihan aset
#Permodalan Nasional Berhad
#PNB
#Syed Mokhtar Al-Bukhary
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan