Hati anak mana yang tidak pilu apabila menerima khabar duka kehilangan ayahnya, apa lagi berita itu diterima ketika umat Islam masih lagi menyambut kedatangan Aidilfitri.
Kedukaan juga tentu tambah berganda buat si anak apabila tidak berkesempatan mencium tangan dan menyambut hari raya kerana terpaksa bertugas di perantauan.
Kerana itu, hanya air mata saja yang dapat menterjemahkan rasa terkilan dan sedih Firdaus Nordin, 25, yang juga anak sulung Nordin Saad, 52, nelayan yang ditemui lemas kira-kira dua batu nautika dari muara Kuala Kedah tengah hari Sabtu.
Menurut Firdaus, sejak hari raya pertama lagi, dia merindui dan teringatkan Allahyarham bapanya, namun disebabkan terpaksa bertugas di hari raya, kerinduan itu hanya mampu dipendamnya.
"Sejak hari raya pertama saya rindu dan teringatkan arwah ayah tetapi tak dapat bercuti kerana bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain tidak dibenarkan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Semalam masa bertugas pun saya tengok gambar ayah yang disimpan dalam telefon bimbit terasa sayu sangat-sangat sebelum ibu hubungi saya memaklumkan ayah hilang di laut ketika menangkap ikan," katanya ketika ditemui.
Firdaus yang juga kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) di KLIA, Sepang, Selangor berkata, kesibukan dengan tuasgnya menyebabkan tidak sempat menghubungi bapanya pada hari pertama Aidilfitri.
Kata Firdaus, dia amat terkilan kerana langsung tidak berkesempatan menghubungi ayahnya sehinggalah dimaklumkan oleh ibunya berita mengenai kehilangan ayahnya di laut.
"(Saya) redha (kehilangan ayah) dan tahu sangat macam mana nasib kalau jatuh laut sebab ada kawan yang juga pernah jatuh laut. (Sebenarnya) dari hari raya pertama lagi rasa (perasaan) tak sedap hati," kata Firdaus.
Firdaus turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama agensi penyelamat sejak pagi tadi sehingga mayat ayah ditemui.
Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan bapanya pada awal tahun ini ketika pulang ke kampung sebelum penularan wabak COVID-19.
Katanya, mereka sekeluarga redha dengan pemergian mangsa walaupun masih dalam suasana hari raya.
Jenazah Allahyarham Nordin akan dikebumikan kampung ibunya di Felda Mata Ayer, Padang Besar, Perlis.
Sementara itu, isteri mangsa, Rozaina Shafie, 46, berkata, dia ada melarang suaminya turun ke laut semalam tetapi arwah memberitahu rakan-rakannya turun ke laut dan mendapat banyak hasil tangkapan ikan.
Menurut Rozaina, itu merupakan kali pertama suaminya turun ke laut sendirian menaiki bot fiber miliknya selepas tiga bulan tidak keluar menangkap ikan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
BACA: Bot berpusing tanpa pemandu ditemui nelayan
Dalam kejadian semalam, seorang nelayan dilaporkan hilang apabila bot fiber yang dinaikinya ditemui tanpa pengemudi berpusing di muara Kuala Kedah.
Berikutan itu, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) melancarkan operasi dan menyelamat (SAR) sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu dari Jabatan Laut Kuala Kedah.
Bagaimanapun mayat Nordin ditemui terapung kira-kira dua batu nautika dari lokasi mangsa terjatuh di muara Kuala Kedah.
BACA: Mayat nelayan mati lemas ditemui
Adie Sufian Zulkefli
Sat May 30 2020
Rozaina Shafie yang ditemani anaknya, Firdaus Nordin menunjukkan gambar arwah suaminya, Nordin Saad yang disimpan di dalam telefon bimbit. - Gambar Astro AWANI
Selepas 15 minit bapa tersedar tertinggal anak dalam kereta
Keadaan itu mungkin disebabkan kesibukan menyambut bulan Ramadan dan diikuti dengan bermulanya sesi persekolahan.
Selangor sebagai destinasi pelaburan utama Asia Tenggara
Datuk Hasan Azhari Idris, Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Selangor mengimbas pencapaian pada 2023 dan berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju bagi tahun 2024.
Kebakaran 9 kilang, 11 jam baru api padam sepenuhnya
Kebakaran membabitkan sembilan kilang kelas B, dengan api marak menyebabkan kemusnahan 100 peratus.
Iklim & Pertanian: Mencari penyelesaian holistik
Pengasas, Center of Excellence for High Value Crops,Yusof Ishak mengulas berkenaan impak perubahan iklim kepada hasil pertanian serta langkah penyelesaian holistik dalam menangani isu ini.
Pindaan RUU AUKU dibentang di Dewan Negara bulan depan - KPT
Ia akan melakar sejarah apabila AUKU sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam.
Analisis ekonomi: Trend perdagangan luar negeri Malaysia
Bagaimana dinamika perdagangan luar negeri Malaysia setakat awal tahun 2024 dan apakah cabaran serta peluang yang berpotensi untuk ekonomi? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin.
AWANI Pagi: Intervensi Pendidikan: Masa Depan Lebih Baik Buat Pelajar Tercicir?
Diskusi #AWANIpagi bersama Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim mengenai apa makna intervensi pendidikan yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Isnin kepada golongan murid tercicir.
Kemeriahan Festival Ramadan Putrajaya, tawar pengalaman tidak boleh dilupakan
Bila sebut tentang bazar Ramadan, perkara yang bermain di fikiran selalunya hanyalah makanan.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Anak terkilan tidak dapat jumpa ayah di hari raya
Firdaus Nordin sedih kerana tidak dapat berbual dan bertemu dengan ayahnya di pagi raya.