awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkat sumpah Exco Perak petang ini

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2018
00:14 MYT
Angkat sumpah Exco Perak petang ini
Antara nama yang disebut akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri ialah Abdul Yunus (kiri) dan Howard Lee.
Teka-teki mengenai siapa Adun yang akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Perak diketahui hari ini.
Ia berikutan majlis mengangkat sumpah jawatan berkenaan dijadualkan dilakukan pada jam 5 petang ini di Istana Iskandariah.
Perkara itu dimaklumkan kepada media oleh Jabatan Penerangan Negeri bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.
Kerajaan Perak antara negeri yang masih belum menamakan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas Pengerusi Harapan Negeri, Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai menteri besar pada 12 Mei lalu.
BACA: Senarai 10 Exco akan diserah kepada Sultan Perak esok - Ahmad Faizal
Difahamkan dalam pelantikan kali ini, DAP Perak mendominasi lima daripada 10 jawatan exco yang disediakan memandangkan parti itu menang 18 kerusi Dun pada PRU14 lalu diikuti dengan Amanah sebanyak tiga orang dan PKR dengan dua orang wakil.
Terdahulu dalam sidang media sebelum ini, Ahmad Faizal memaklumkan jumlah exco tidak banyak berubah seperti sebelum ini dan pembahagiannya berdasarkan kerusi yang dimenangi komponen Harapan Perak.
Antara nama yang disebut akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri ialah Adun Buntong, A Sivasubramaniam; Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How; Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing; Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari; Adun Pantai Remis, Wong May Ing dan beberapa lagi Adun lain.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahmad Faizal Azumu
#Amanah
#angkat sumpah
#DAP
#Exco
#kerajaan negeri
#Perak
#PKR
#PRU14
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan