awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Antibodi bukan 'perisai' untuk pesakit COVID-19 dijangkiti kali kedua

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/05/2020
09:36 MYT
Antibodi bukan 'perisai' untuk pesakit COVID-19 dijangkiti kali kedua
Antibodi terbina bagi mereka terdedah kepada virus tersebut dalam tempoh lima hari hingga seminggu adalah IgM dan IgG, kata Dr Noor Hisham. - Gambar BERNAMA
Kadar antibodi pesakit yang telah sembuh dari jangkitan COVID-19 tidak mampu untuk melindungi pesakit tersebut daripada jangkitan kedua.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebiasaannya antibodi yang terbina bagi mereka terdedah kepada virus tersebut dalam tempoh lima hari hingga seminggu adalah immunoglobulin M (IgM) dan immunoglobulin G (IgG).
“Tetapi didapati dan diumumkan antibodi setakat ini tak melindungi pesakit tersebut walaupun dia sudah sembuh, dan kalau antibodi tak melindungi pesakit tersebut, jadi kita tak boleh cerita mengenai herd imuniti (kekebalan imunti).
“Jadi, herd imuniti bergantung kepada antibodi yang telah dijangkiti dan boleh melindungi pesakit tersebut dan perkara ini telah dibincang di peringkat global, setakat ini antibodi yang melindungi iaitu boleh melindungi untuk jangkitan kedua misalnya, dari maklumat yang kita perolehi tak memadai untuk melindungi pesakit tersebut,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, KKM ketika ini menggunakan pendekatan bersasar untuk mengesan warga asing untuk menjalankan ujian saringan.
Menurut beliau, penglibatan warga asing dalam pelbagai sektor pekerjaan, selain kebanyakan mereka tinggal dalam jumlah yang ramai di sesebuah rumah boleh menyebabkan kemungkinan berlaku penularan jangkitan COVID-19.
Setakat ini katanya, sebanyak 22,339 sampel ujian saringan telah dijalankan dengan seramai 457 sedang menerima rawatan termasuk 4 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Mereka yang telah sembuh adalah seramai 525 atau 53.3 peratus dan melibatkan 4 kematian iaitu 0.4 peratus.
“Jadi, sekarang kita telah kenalpasti bukan warganegara sebagai golongan sasar dan kita akan laksanakan ujian kepada bukan warga negara terutamanya daripada Zon Merah iaitu Selangor dan Kuala Lumpur.
“Di Zon Hijau tiada laporan berhubung warga asing yang dijangkiti COVID-19, dan tumpuan kita di Zon Merah di mana kita akan lakukan (ujian saringan) dalam tempoh terdekat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Antobodi
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#KKM
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#rumah
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan