SEBAGAI langkah awal persediaan persaraan yang positif, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] memperkenalkan Anugerah Ikon Pesara (AIP) iaitu anugerah pertama di Malaysia yang meraikan pencapaian pesara sektor awam.
Penganjuran itu merupakan inisiatif secara kerjasama antara KWAP dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dalam usaha menggalakkan golongan pesara supaya kekal aktif dan produktif di alam persaraan.
Pelancaran AIP yang merupakan anugerah pertama di Malaysia bermatlamat mengiktiraf serta meraikan kejayaan dan usaha para pesara sektor awam yang telah menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sosial dan pembangunan komuniti, serta keusahawanan.
Selaras dengan usaha serta komitmen KWAP untuk memperkasakan golongan pesara pada masa kini dan masa hadapan, AIP diperkenalkan bagi tujuan mencorak semula pemikiran masyarakat terhadap isu penuaan terutamanya dalam golongan pesara.
Anugerah ini juga bertujuan sebagai sumber inspirasi bagi para pesara untuk melangkah ke alam persaraan dengan pemikiran dan mentaliti yang lebih positif.
Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, pemikiran stereotaip masyarakat umum yang kurang yakin dengan kemampuan para pesara dalam memainkan peranan mereka bagi menyumbang kepada pembangunan masyarakat perlu diubah.
Justeru, AIP katanya, diperkenalkan bagi mengiktiraf individu yang masih kekal aktif dalam bidang masing-masing dan ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentang produktiviti pasca perkhidmatan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Syed Othman pula berkata, KWAP menggalakkan golongan pesara untuk menampilkan bakat serta sumbangan mereka dengan cara tersendiri melalui bidang masing-masing.
"Ini adalah peluang bagi para pesara untuk berkongsi pengalaman dalam mengekalkan peranan aktif dalam sesebuah komuniti serta usaha yang boleh dilakukan dalam menyumbang kepada ekonomi. Ini merupakan ciri-ciri yang boleh dijadikan contoh teladan buat masyarakat secara umumnya,” tambah Syed Hamadah.
Dalam menjayakan anugerah ini, KWAP mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mencalonkan para pesara sektor awam yang telah memberikan sumbangan kepada negara.
Setiap calon akan dinilai berdasarkan bukti sokongan yang diberikan melalui proses pengesahan dan pemeriksaan yang teliti.
Pesara yang layak untuk proses pencalonan adalah bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara daripada perkhidmatan awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Tidak ketinggalan, mereka yang boleh dicalonkan juga ialah individu yang masih menyumbang secara aktif kepada masyarakat dan telah berjaya dalam bidang pasca perkhidmatan masing-masing serta pesara yang masih belum menerima apa-apa anugerah atau penghargaan antarabangsa mahupun di peringkat kebangsaan.
Sumbangan yang dibuat oleh calon-calon dalam setiap kategori hendaklah sekurang-kurangnya bagi tempoh lebih daripada satu tahun sebelum tarikh pencalonan anugerah.
Hanya calon-calon yang disyorkan secara bertulis oleh penama dan disokong oleh dokumentasi yang lengkap akan dipertimbangkan.
Tarikh pencalonan dibuka bermula 10 Jun 2019 hingga 9 Ogos 2019.
Pencalonan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada [email protected] atau serahan secara fizikal ke pejabat utama KWAP di Menara Integra, atau di Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP Cyberjaya atau di Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA Putrajaya.
Maklumat lanjut mengenai Anugerah Ikon Pesara boleh dicapai di aip.kwap.gov.my.
Pemenang akan diumumkan pada satu majlis penyampaian anugerah yang akan diadakan pada 5 Oktober 2019.
Astro Awani
Wed Jun 12 2019
KWAP mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mencalonkan para pesara sektor awam yang telah memberikan sumbangan kepada negara dalam Anugerah Ikon Pesara. - Gambar fail BERNAMA
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
Anugerah Ikon Pesara iktiraf pesara sektor awam
KWAP perkenalkan Anugerah Ikon Pesara (AIP) iaitu anugerah pertama di Malaysia yang meraikan pencapaian pesara sektor awam.