awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Spice N Ice akui Astro BizOne tingkat nilai pengalaman
Kerajaan Trump akan terus ganti tarif timbal balas jika Mahkamah Agung tolak - USTR
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa kata netizen mengenai isu pembesar suara di masjid, surau di Pulau Pinang?

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/10/2015
09:56 MYT
Apa kata netizen mengenai isu pembesar suara di masjid, surau di Pulau Pinang?
Larangan penggunaan pembesar suara adalah untuk perkara lain selain azan dan iqamah.
Baru-baru ini isu larangan penggunaan pembesar suara dalam bacaan al-Quran dan zikir di masjid dan surau di Pulau Pinang telah hangat diperkatakan.
Surat cadangan berkenaan tersebut telah dibocorkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan perkara itu kini sedang disiasat.
Kerajaan negeri Pulau Pinang dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
Mesyuarat Exco kerajaan negeri akan membincangkan cadangan tersebut sebelum ia diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mendapat perkenan baginda.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, ia baru di peringkat cadangan dan belum diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri.
Sementara itu, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan hanya laungan azan dan iqamat sahaja yang disyariatkan menggunakan suara tinggi.
Susulan isu tersebut media sosial dibanjiri pelbagai komen; masing-masing punya hujah dan pendapat tersendiri.
Bagi yang bersetuju, mereka merasakan ia adalah berdasarkan apa yang diajarkan oleh agama Islam itu sendiri, iaitu beribadat tidak perlu sehingga menganggu orang lain.
To be honest, i kinda agree that masjid limitkan penggunaan pembesar suara ke luar masjid utk azan dan iqamah sahaja.
— Syed Azman (@sazman1220) October 2, 2015
@AzmanV2 memang patut macam tu pun. Kalau nak pasang kat luar pun, low kan volume untuk dengar sampai kat perkarangan masjid je
— K//LAP (@Mytheorem) October 2, 2015
Saya menyambut baik larangan selain azan menggunakan pembesar suara di masjid. Tp alangkah baik, jika haram skali... http://t.co/wfcxnxWZjK
— aida abdullah (@aida_abdullah79) October 2, 2015
Good, brave move by the mufti office as what the mosques are doing now is actually violating Islamic precepts http://t.co/qU2CfpEBBk
— Ko-chi Wai (@kcwai) October 1, 2015
Kalau korang pernah ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, sememangnya pembesar suara hanya digunakan untuk Azan,... http://t.co/Is5fmNHOiv
— PM (@PenaMinang) September 30, 2015
Kampung aku juga ada self proclaimed qari. Beliau suka mengaji petang2, sebelum maghrib. Tak sedap gila. Tapi guna speaker masjid.
— The Mameow(@The_Mamu) October 2, 2015
Tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa isu ini diperbesarkan sehingga perlunya diwujudkan larangan.
Orang yang menyokong warta penggunaan pembesar suara dilarang di masjid selain azan ialah orang yang tidak mengkaji dan tidak bijak.
— adwrn (@headwithserban) October 1, 2015
Penang dah jadi mcm Spore: http://t.co/aiCfjMhB8k
— Mummy Foo (@mamifoo) September 30, 2015
Kat Singapura dulu pun asalnya lebih kurang cenggini la jugak... Lama2 azan pun tak boleh... Ko kan mufti... http://t.co/VddBCBoZMO
— Rohazam Bakar (@rohazam) October 2, 2015
Kalau dah masjid pun diharamkan guna loudspeaker kecuali time azan apa nak jadi? Only in Penang /p>— H (@hxzim_lee) October 1, 2015
Apakah isu ini telah sengaja diperbesar-besarkan?
Topic Berkaitan
#Azan
#ibadah
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan