awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Atasi pemikiran ekstremisme, liberalisme dengan ilmu, jangan cepat menghukum'

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
26/02/2018
21:50 MYT
'Atasi pemikiran ekstremisme, liberalisme dengan ilmu, jangan cepat menghukum'
Islam merupakan satu agama yang mudah dan bukan satu doktrin yang bersifat kasar. - Gambar hiasan
Dalam menangani kewujudan pelbagai aliran pemikiran yang berpotensi membawa kesan negatif seperti ekstremisme dan liberalisme, pihak Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) merangka beberapa pelan bagi mengatasi pemikiran ini daripada menular.
Pengarah IWM Datuk Mohd Yusuf Din berkata, antara usaha yang dijalankan termasuk menjalin kerjasama dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang pakar dalam bidang-bidang tertentu.
Contohnya, menurut beliau, bagi mengekang fahaman ekstremisme daripada menular di kalangan penjawat awam, IWM bekerjasama dengan Institut Latihan Malaysia (ILIM) dalam mendidik golongan itu mengenai konsep wasatiyyah.
"Kami juga menjalankan kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi mendekati golongan penagih dadah yang datang daripada pelbagai latar belakang dan menjalankan proses pemulihan.
"Bagi golongan yang berisiko seperti ateis, lesbian, gay, bisexual, dan transgender (LGBT), kami juga menjalankan kerjasama dengan agensi-agensi yang pakar mengenai isu tersebut," jelasnya.
Kata beliau, Islam merupakan satu agama yang mudah dan bukan satu doktrin yang bersifat kasar.
BACA: Fahami konsep wasatiyyah, pupuk kebersamaan antara kaum
"Jika konsep dakwah yang dibawa Nabi Muhammad SAW bersifat kasar dan keras, pasti masyarakat pada waktu itu menjauhi Baginda.
"Dakwah Rasullullah SAW penuh dengan kasih sayang dan rahmat hingga menyebabkan ramai tertarik dengan ajaran Islam," kata Mohd Yusuf sambil menambah beliau tidak bersetuju dengan segelintir golongan ustaz yang cepat menghukum.
Beliau berkata demikian ketika mempromosikan Seminar Fiqh At-taayush yang bakal diadakan 5 dan 6 Mac ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Topic Berkaitan
#Agensi Antidadah Kebangsaan AADK
#ekstremisme
#institut wasatiyyah malaysia
#IWM
#LGBT
#liberalisme
#Nabi Muhammad
#Rasullah
#Seminar Fiqh At-taayush
#UKM
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#Wasatiyyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan