Azmin mengadap Yang di-Pertuan Agong bincang pasca lawatan ke UAE

Azmin mengadap Yang di-Pertuan Agong bincang pasca lawatan ke UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara pada Isnin. - Foto Twitter AzminAli
KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Jun lalu sebagai lawatan yang membuahkan hasil.

Perkara itu yang disampaikan ketika berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara pada Isnin.

Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, Al-Sultan Abdullah turut berkongsi perincian perbincangan bersama Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dengan Azmin.

Dalam pada itu, pertemuan tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama kementerian tersebut bersama Sultan Abdullah untuk membincangkan perihal ekonomi negara.

“Pertemuan Al-Sultan Abdullah bersama kementerian tersebut terdahulu dijadualkan pada Mei, bagaimanapun ia ditunda pada Isnin.

“Pertemuan antara Al-Sultan Abdullah bersama barisan menteri kabinet merupakan pertemuan biasa yang dijadualkan selain pertemuan mingguan pra-kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Sultan Abdullah turut bekongsi perincian perbincangan bersama Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan kepada Azmin. -Gambar fail

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Sultan Abdullah turut bekongsi perincian perbincangan bersama Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan kepada Azmin. -Gambar fail

“Hari ini (Selasa), Al-Sultan Abdullah dijadualkan berkenan menerima mengadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin,” jelas kenyataan itu lagi.

BACA: Azmin Ali mengadap Yang di-Pertuan Agong

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah mengakhiri lawatan khas tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 14 Jun lalu bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara Teluk Arab itu.

Ia merupakan lawatan pertama Seri Paduka Baginda ke UAE selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan.

Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara ini sekali gus menjawab persoalan sesetengah pihak yang mendakwa Azmin mengadap Al-Sultan Abdullah bagi membincangkan kontroversi video intim yang dikaitkan dengan menteri itu sejak minggu lalu.

BACA: Video intim: Azmin sudah beri keterangan, rakaman diperhalusi