Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali pada Isnin.

Keterangan itu diambil daripada Azmin bagi membantu siasatan pihak polis berhubung kontroversi video intim yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR itu sejak minggu lalu.

“Saya sahkan memang telah dirakam percakapannya di mana itu saya tidak mahu dedahkan. Adakah Azmin akan dipanggil semula? Itu terpulang kepada siasatan,kalau boleh rakam semula kita akan buat analisis dulu,” kata Mazlan dalam sidang media di sini pada Selasa.


Ditanya sama ada individu atau saksi lain akan dipanggil untuk dirakam keterangan, Mazlan berkata, semua itu bergantung pada hasil siasatan.

Mazlan sebelum itu menghadiri Majlis Penyerahan Kenderaan Polis Diraja Malaysia daripada MRCB George Kent Sendirian Berhad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

BACA: Azmin yakin video intim kerja 'orang dalam' parti