awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Azmin tak pernah jumpa Haziq di Sandakan' - Hilman

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2019
15:39 MYT
'Azmin tak pernah jumpa Haziq di Sandakan' - Hilman
Hilman Idham berkata beliau bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR itu sepanjang berada di Sandakan sempena PRK, Mei lalu. -foto Sinar Harian
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah berjumpa dengan lelaki bernama Muhammad Haziq Aziz yang dikaitkan dengan video seks mirip mereka.
Setiausaha Politik kepada Mohamed Azmin, Hilman Idham berkata, beliau bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR itu sepanjang berada di Sandakan sempena PRK, Mei lalu.
"Saya ingin menegaskan sepanjang Mohamed Azmin di Sandakan, saya ada bersamanya daripada beliau tiba di lapangan terbang hingga pulang. Saya tiba di Sandakan lebih awal dan tinggalkan Sandakan selepas Mohamed Azmin pulang.
"Saya cukup yakin tiada perlakuan sebegitu jijik dilakukan oleh beliau. Sebab itu saya nyatakan pendirian bahawa saya sendiri akan melawan fitnah ini habis-habisan," katanya kepada media selepas majlis bacaan Yasin dan solat hajat menolak fitnah anjuran PKR di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Bukit Megawati, di sini Rabu malam.
Muhammad Haziq dalam video pengakuannya pada Rabu mendakwa dia merupakan individu dalam video seks yang turut dikaitkan dengan Mohamed Azmin.
Katanya, video tersebut telah diambil tanpa kebenarannya pada 11 Mei semasa PRK Sandakan di Hotel Fourpoints.
BACA: "Sayalah lelaki dalam video itu..."
Mengulas lanjut, Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, beliau juga tidak pernah melihat Muhammad Haziq sepanjang tempoh kempen di Sandakan.
Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis terhadap perlakuan jenayah dilakukan Muhammad Haziq di IPD Putrajaya dan laporan khazaf bagi membersihkan nama Mohamed Azmin di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Putrajaya, esok.
"Kita yakin fitnah ini adalah satu komplot terancang sejak beberapa bulan lalu untuk menjatuhkan karier politik beliau," katanya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Hilman Idham
#hotel
#Muhammad Haziq Aziz
#polis
#Sandakan
#seks
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan