awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sayalah lelaki dalam video itu..."

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2019
00:20 MYT
"Sayalah lelaki dalam video itu..."
Individu terbabit turut menggesa SPRM membuat penyiasatan lanjut berhubung dakwaan rasuah. - Foto Facebook/ Haziq Aziz
Seorang individu bernama Haziq Aziz hari ini tampil membuat pengakuan melalui laman sosial Facebooknya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video melibatkan mirip seorang menteri.
Bagaimanapun jelasnya, video berkenaan diambil tanpa kebenarannya.
"Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama (lelaki mirip menteri) dalam video yang telah viral semalam.
"Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik (lelaki mirip menteri) di sebuah hotel," katanya yang memuat naik rakaman videonya di akaun Facebook.
Haziq dalam pada itu turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat individu yang mirip seorang ahli politik itu atas tuduhan rasuah.
"Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin," ujarnya.
Sejak semalam, klip video memaparkan dua lelaki berada di atas katil melakukan aksi intim dengan salah seorang lelaki yang wajahnya mirip seorang menteri.
Bagaimanapun, Astro AWANI tidak dapat mengesahkan kesahihan dan ketulenan video berkenaan.
Astro AWANI juga sedang berusaha mendapatkan komen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai video tersebut.
Dalam masa sama Astro AWANI juga sedang berhubung dengan pelbagai pihak termasuk SPRM bagi mendapatkan maklum balas berhubung penyebaran video berkenaan.
Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau tidak tahu menahu tentang sebuah video intim yang didakwa mengandungi aksi seks luar tabii membabitkan seorang menteri Kabinet.
Menurut Dr Mahathir, beliau perlu baca berhubung perkara itu terlebih dahulu.
BACA: 'Saya tidak tahu menahu tentang video 'intim' tular mirip Menteri' - Tun M
Berikut merupakan video yang dimuat naik di akaun Facebook individu tersebut. Namun Astro AWANI tidak dapat mengesahkan kesahihan video tersebut.
Topic Berkaitan
#Facebook
#hotel
#laman sosial
#lelaki
#menteri
#SPRM
#video
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan