awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar doktor dan jururawat, lelaki didakwa di mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2018
11:12 MYT
Bakar doktor dan jururawat, lelaki didakwa di mahkamah
Balachandran di Mahkamah Sesyen George Town hari ini. - BERNAMA
Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town atas kesalahan mencederakan seorang doktor dan jururawat selepas membakar sebuah klinik hospital swasta di Pulau Pinang, 3 Sept lepas.
Bagaimanapun, tertuduh M. Balachandran, 39 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.
Mengikut pertuduhan, Balachandaran telah menyimbah minyak petrol dan menyalakan api ke arah doktor Leong Wing Seng, 55 tahun dan jururawat, K. Prema, 29 tahun, menyebabkan kedua-duanya cedera parah pada pukul 4.48 petang di Tingkat 1, Bilik Klinik Hospital Lam Wah Ee.
BACA: Pesakit mental bakar bilik doktor
BACA: Doktor melecur 30 peratus dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang
Balachandaran dituduh dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebatan atau kesemuanya sekali jika sabit kesalahan.
Mazdi kemudiannya menetapkan 3 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Hakim juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa atau saksi dalam kes terbabit.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar manakala tertuduh diwakili peguam R. Dev Chandran.
Sementara itu, Dev Chandran memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan perubatan dan psikiatri anak guamnya dari Hospital Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#bakar klinik
#Doktor
#jururawat
#Leong Wing Seng
#M Balachandran
#Mahkamah Sesyen George Town
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#MBPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan