NATIONAL
Balu, dua remaja lelaki didakwa bunuh CEO Cradle Fund Nazrin Hassan

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu diantara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi 14 Jun 2018 di kediamannya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. - Gambar fail
Balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Allahyarham Nazrin Hassan dan dua remaja dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebentar tadi.
Tertuduh Samirah Muzaffar, 44 tahun dan dua remaja lelaki masing masing berusia 13 dan 16 tahun bagaimanapun hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin dan Muhamad Zin Ibrahim dihadapan Majistret Mohamad Ikhwan Nasir.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dibuat oleh kesemua tertuduh.
Mengikut pertuduhan kesemua mereka bersama seorang lagi suspek warganegara Indonesia yang masih bebas Ekwahyu Lestari didakwa mencapai niat bersama telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Nazrin, 47 tahun.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu diantara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi 14 Jun 2018 di kediamannya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Ia selepas mendengar pemohonan Timbalan Pendakwa Raya yang juga Ketua Unit Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Datuk Jamil Aripin kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kesemua suspek diwakili Peguam L. S. Leonard dan Mahinderjit Singh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami