Keadaan banjir di Kelantan, Johor dan Sabah bertambah baik apabila jumlah mangsa yang dipindahkan semakin berkurangan, manakala di Pahang pulih sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara terakhir di Temerloh, ditutup petang ini.
KELANTAN masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dengan 1,332 orang daripada 490 keluarga, namun jumlah itu menunjukkan pengurangan berbanding 2,029 orang membabitkan 715 keluarga, pada pukul 8 pagi tadi.
Aplikasi InfoBencana JKM menunjukkan seramai 1,172 mangsa daripada 453 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara di Pasir Mas, manakala terdapat 150 mangsa daripada 37 keluarga berada di dua pusat pemindahan di Jeli.
Laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my pula menunjukkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas masih melepasi paras bahaya pada bacaan 9.98 meter (bahaya 9 meter), sementara Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat melepasi paras amaran iaitu 2.40 meter (amaran 2.15 meter).
Semua sungai utama lain di negeri ini sudah berada pada paras normal dan tiada sebarang jalan utama ditutup berikutan cuaca cerah petang Sabtu.
Polis Kelantan mengesahkan, setakat ini seramai lima mangsa terkorban dalam dua siri gelombang banjir sejak awal bulan ini.
Di JOHOR, hanya daerah Segamat dan Batu Pahat masih terjejas banjir dengan 613 orang daripada 143 keluarga masih berada di 14 pusat pemindahan sementara petang ini, berbanding 810 orang daripada 196 keluarga, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata, banjir di Kluang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Simpang Renggam dekat Kluang, ditutup pada 3 petang tadi.
Beliau berkata daripada keseluruhan 613 orang di Segamat dan Batu Pahat, 576 orang daripada 136 keluarga daripadanya berada di 12 pusat pemindahan di Segamat, manakala 37 orang daripada tujuh keluarga berada di dua pusat pemindahan di Batu Pahat.
Katanya kesemua mangsa di Segamat melibatkan penduduk dari Jalan Kolam Air, Kampung Balai Badang, Kampung Batu Badak, Pogoh, Kampung Spang Loi, Kampung Tandong, Kampung Padang Kiambang, Kuala Paya, Kampung Sanglang, Kampung Kuing Patah, Kampung Bukit Tunggal serta Kampung Pogoh manakala mangsa di Batu Pahat melibatkan penduduk di Parit Sulong dan Kampung Peserai Lama, dekat Semerah.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir berkurangan apabila tiga pusat pemindahan di Tenom ditutup petang tadi, sementara mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Selagon melibatkan penduduk daripada beberapa kampung di Beaufort dan Membakut kekal 402 orang daripada 142 keluarga.
Beberapa jalan menghubungkan kampung terbabit turut terjejas dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 21 2019
Di JOhor, hanya daerah Segamat dan Batu Pahat masih terjejas banjir dengan 613 orang daripada 143 keluarga masih berada di 14 pusat pemindahan sementara pada Sabtu. - Bernama
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Rasuah makin menjadi-jadi, negara rugi ratusan bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.