awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Air naik mendadak, lebih 150 penduduk terperangkap diselamatkan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/12/2019
13:40 MYT
Banjir Kelantan: Air naik mendadak, lebih 150 penduduk terperangkap diselamatkan
Menurut polis, air masih lagi melimpahi kawasan berkenaan dan air yang melimpah secara mendadak itu dipercayai turun dari bukit berdekatan.
Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian limpahan air bukit di Chucuh Puteri dan Sungai Pas, Kuala Krai petang tadi yang menyaksikan video tragedi berkenaan tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, kesemua mangsa yang terperangkap telah berjaya dibawa keluar.
Menurutnya, jumlah mangsa melibatkan 86 orang penduduk di Chucuh Puteri dan 71 di Sungai Pas.
Kesemua mangsa limpahan air itu berjaya dibawa keluar dan kini berada di pusat pemindahan sementara di Masjid Chucuh Puteri.
BACA: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat
Pada masa ini katanya pemantauan sedang dilakukan oleh agensi keselamatan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Jalan masuk ke Sungai Pas dan Chucuh Puteri tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh, dan jalan untuk memasuki kawasan berkenaan hanya boleh dilalui menggunakan Jalan Latarek.
Menurut Suzaimi lagi, jumlah kerosakan melibatkan harta benda dan juga kenderaaan masih belum diperolehi.
Jelas beliau, air masih lagi melimpahi kawasan berkenaan dan air yang melimpah secara mendadak itu dipercayai turun dari bukit berdekatan.
Sementara itu menurut Ketua Balai Bomba Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar Rafee Parsimin, pihak bomba bersama polis dan juga APM masih membuat rondaan di kawasan berkenaan.
Beliau memaklumkan, operasi membawa keluar mangsa terperangkap berdepan kesukaran berikutan terdapat tanah runtuh di jalan yang memasuki kawasan terjejas.
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#banjir kelantan
#Chucuh Puteri
#JBPM
#Kuala Krai
#limpahan air bukit
#Polis Daerah Kuala Krai
#Sungai Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan