Tutup

Banyak perkara dalam sistem pendidikan perlu dikaji semula - Tun M

Banyak perkara dalam sistem pendidikan perlu dikaji semula - Tun M
Menurut Dr Mahathir, beliau kini sedang dalam proses mendengar taklimat daripada pegawai Kementerian Pendidikan, dan sudah mempunyai beberapa idea tentang apa yang harus dilakukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui, terdapat banyak perkara yang perlu dikaji semula dalam Kementerian Pendidikan.

Dr Mahathir, yang mula memangku portfolio itu sejak 3 Januari lepas berkata, beliau akan turut mengambil kira kritikan daripada orang ramai berhubung dasar serta polisi mengenai sistem pendidikan di negara ini.
“Kita dapati banyak perkara yang perlu kita kaji semula sama ada baik atau tidak. Kita dapati orang ramai buat teguran, dan kita akan ambil kira teguran mereka sama ada perlu buat perubahan atau tidak.

“Selain itu, tujuan kita untuk mendidik anak anak kita supaya apabila mereka bila besar nanti, boleh hidup dengan sempurna, menjadi orang yang produktif dan bukan hanya menunggu bantuan sahaja,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020, di sini hari ini.

BACA: Tun Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan

 

Dr Maszlee Malik melepaskan jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa 2 Januari lepas atas saranan dan nasihat Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau kini sedang dalam proses mendengar taklimat daripada pegawai Kementerian Pendidikan dan sudah mempunyai beberapa ‘idea’ tentang apa yang harus dilakukan.

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya baru jadi pemangku beberapa hari sahaja. Saya dalam proses mendapat taklimat berkenaan tentang peranan Menteri Pendidikan dan saya juga berbincang dengan beberapa pegawai.

“Saya sekarang ini sudah dapat some ideas pemikiran berkenaan apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia,” katanya lagi.


Tag: Mahathir Mohamad, Maszlee Malik, Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, pendidikan, Malaysia, menteri, integriti, anak



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.