awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif 25 peratus AS ke atas negara rakan dagang Iran satu penjajahan - Mohamad Hasan
Hotel digesa patuhi amalan terbaik industri bagi melindungi imej Malaysia
Indonesia bayar gaji hari kepada petani pulihkan sawah padi di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bateri, tayar kereta dapat permintaan tinggi di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2020
03:00 MYT
Bateri, tayar kereta dapat permintaan tinggi di Sarawak
Tayar dan bateri menjadi dua komponen yang menjadi permintaan tinggi di Sarawak.
Dua komponen iaitu tayar dan bateri kereta mendapat permintaan tinggi di Sarawak selepas kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan kedai alat ganti kenderaan beroperasi dua kali seminggu iaitu Selasa dan Khamis bermula minggu ini.
Tinjauan Astro AWANI di Jalan Semarak, Petra Jaya, rata-rata penduduk sekitar memenuhi ruang kedai alat ganti dan bengkel kereta seawal 7 pagi.
Bagi pengusaha bengkel pula, Sim Kar Hung, hari ini merupakan hari pertama bengkel dibuka selepas hampir 20 hari ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Hari ini orang datang untuk tukar bateri, tayar dan servis kereta.
"Namun yang paling ramai orang tukar bateri dan juga tayar," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Pada Ahad, Kerajaan Sarawak memutuskan bengkel, kedai alat ganti kenderaan, kedai racun dan baja boleh beroperasi bermula 7 pagi hingga 7 malam.
BACA: Kedai perkakasan, alat tukar ganti di Sarawak dibenarkan beroperasi Selasa dan Khamis
Kar Hung mengakui perniagaannya terjejas sepanjang PKP. Bagaimanapun, katanya, dia tiada pilihan selain patuh dengan arahan bagi memastikan rantaian penularan COVID-19 dapat diputuskan.
"Nasib baik kerajaan pertimbangkan untuk membuka juga sekurang-kurangnya dua hari seminggu iaitu Selasa dan Khamis.
"Sedikit sebanyak boleh jana pendapatan untuk perniagaan," katanya.
Tinjauan mendapati pihak kedai alat ganti dan peniaga juga mengamalkan langkah pencegahan dengan memakai topeng muka serta melakukan penjarakan sosial.
Topic Berkaitan
#bateri
#bengkel kereta
#COVID-19
#Jalan Semarak
#komponen kereta
#Kuching
#Petra Jaya
#tayar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan