MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 29 Julai 2020.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 29 Julai 2020.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Christina Rundi berkata, kesemua kontak rapat pelajar itu telah pun diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dua kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian direkodkan hari ini, jumlah kematian kekal 124 kes.
Polis meminta kerjasama orang ramai yang pernah makan atau singgah di sebuah kedai nasi kandar di Pekan Napoh di sini supaya menjalani pemeriksaan saringan di klinik kesihatan dengan segera bagi memastikan mereka tidak dijangkiti COVID-19.
Sebanyak 73 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan tiga taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Parlimen Kubang Pasu ditutup hari ini berikutan penularan kes COVID-19 di daerah itu melibatkan kluster Sivagangga.
Polis menafikan tidak mengambil tindakan awal terhadap perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ketika perbicaraan Datuk Seri Najib Razak semalam.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disabitkan atas tujuh kesalahan berhubung penyalahgunaan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selesai membayar wang jaminan tambahan RM1 juta yang diperintahkan Mahkamah Tinggi semalam.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada penularan pandemik COVID-19 dan yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendedahkan mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri itu.
Warga Bangladesh yang bakal diusir, Md Rayhan Kabir, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' terbitan Al Jazeera.
Seorang lelaki maut selepas dilanggar dan dipukul sehingga mati dipercayai dilakukan rakannya sendiri dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Taman Dahlia, Mak Mandin, pada Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami