awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bersedialah jadi kerajaan tempang, tumbang'

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2019
06:20 MYT
'Bersedialah jadi kerajaan tempang, tumbang'
Kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai semalam menunjukkan rakyat sudah muak dengan kerajaan hari ini, kata Rais Yatim. - Gambar fail
KETUA Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai semalam menunjukkan rakyat sudah muak dengan kerajaan hari ini.
Menerusi ciapannya di Twitter, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, ia merupakan kekalahan teruk yang membawa mesej berbentuk 'gegaran letupan'.
"Jika terus tak peduli janji-janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kalau terus bermenteri tiga suku dan buta, tuli jeritan rakyat, bersedialah untuk berkerajaan tempang dan tumbang di pilihan raya akan datang," ciapnya.
Kekalahan teruk PH Bersatu di Tg Piai membawa mesej berbentuk gegaran-letupan. Jika terus tak peduli janji2 PR14, kalau terus bermenteri tigasuku dn butatuli jeritan rakyat, bersedialah utk berkerajaan tempang dn tumbang di pr akn datang. Rakyat dah muak.
— RAISYATIM (@DrRaisYatim) November 16, 2019
Ciapannya itu dipercayai ditujukan kepada kerajaan hari ini agar lebih berwaspada dan tidak mengabaikan janji-janji kepada rakyat termasuk kekalahan PH pada PRK kali ini.
BACA: Selagi janji manifesto tidak dipenuhi sepenuhnya, rakyat tidak akan puas hati
PRK Tanjung Piai semalam menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merampas kembali kerusi Parlimen itu dengan majoriti besar sebanyak 15,086 undi.
Jeck Seng, 55, memperoleh sebanyak 25,466 undi mengatasi pencabar terdekatnya iaitu calon PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.
Empat lagi calon yang bertanding iaitu Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) hanya memperoleh 1,707 undi, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah) dengan 850 undi serta dua calon bebas masing-masing Dr Ang Chuan Lok (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghafar (32 undi). BACA: Kami tidak akan lemah semangat - Amanah
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bersatu
#Pakatan Harapan
#Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai
#PRK Tanjung Piai
#Rais Yatim
#Tanjung Piai Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan