Tutup

Boleh tak Tun Siti cium Tun Mahathir?

Boleh tak Tun Siti cium Tun Mahathir?
Biarpun malu, Tun Dr Mahathir tetap menerima cabaran untuk dicium Tun Dr Siti Hasmah. - Foto Astro Gempak
SEMPENA sambutan ulang tahun kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-93 hari ini, bintang Ceria Popstar, Kashika Selvam berpeluang untuk bertemu dengan negarawan tersohor tersebut.

Banyak persoalan diajukan kepada Perdana Menteri, namun salah satu yang paling mendapat perhatian apabila Kashika meminta pasangan nonagenarian itu untuk memberikan ciuman di pipi.



Biar pun kelihatan tersipu-sipu, Tun Dr Mahathir menerima cabaran untuk dicium oleh isteri tersayang, Tun Dr Siti Hasmah.

Saksikan rakaman temu ramah eksklusif berikut sempena sambutan ulang tahun Tun Dr Mahathir.