Seorang warga emas, Che Munah Che Man yang menjual asam keping di sekitar pasar Pasir Puteh, hidup dalam keadaan daif selain memerlukan bantuan masyarakat untuk meneruskan rutin harian.

Menurut ciapan Malaysia Most Viral, warga emas itu dikatakan meminta bantuan untuk dibelikan beras dengan budu untuk kerana sudah lebih 24 jam tidak menjamah nasi.


Ciapan itu turut memaklumkan, kehidupan Che Munah terlampau daif sehingga terpaksa menumpang bekalan air daripada jirannya.


Selain itu, ciapan berkenaan turut meminta mana-mana individu yang sudi melawat Che Munah untuk membawanya ke bank untuk mengemaskini baki akaunnya selepas menerima bantuan masyarakat.


Selepas 12 jam ciapan itu, ia mendapat lebih 8,000 retweet dan kebanyakannya mahu tahu proses untuk membantu Che Munah dari sudut kewangan.

Mereka juga mendoakan kehidupan Che Munah bertambah selesa dengan bantuan yang bakal diterima.