UMAT Islam di negara ini bakal menyambut hari raya Aidilfitri atau 1 Syawal bermula esok.

Namun, tahun ini bakal menyaksikan kelainan dan perbezaan dalam menyambutnya ekoran penularan pandemik COVID-19 yang menghalang kita untuk berkumpul bertakbir raya dan menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah di masjid.

Berikutan itu, umat Islam bukan sahaja dibolehkan malah diseru untuk mengimarahkan ibadah ini di rumah masing-masing bersama keluarga.

Bagi memudahkan kaum lelaki yang bakal mengimamkan solat sunat Aidilfitri di rumah, Astro AWANI lampirkan panduan menunaikan solat sunat raya dan teks khutbah seperti yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat.

Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini mengandungi panduan umum sambutan Aidilfitri seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya.

Berikut merupakan lafaz takbir raya:

.

Selain itu, ini pula tatacara atau rukun bagi mengerjakan solat sunat hari raya Aidilfitri:

.

.

.


.

.


Untuk panduan penuh, klik disini.

Sementara itu, berikut merupakan panduan untuk membaca khutbah hari raya Aidilfitri:

.

Dalam pada itu, Jakim berkata teks khutbah boleh di muat turun melalui portal Jakim di www.islam.gov.my atau portal Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) di seluruh Malaysia.

BACA: JAKIM keluarkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB