awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
98 peratus bantuan wang ihsan berjaya diproses dalam tempoh kurang 14 hari - KP NADMA
AKPS patah cubaan bawa masuk 50 tan daging babi sejuk beku
LHDN sasar selesai bayaran balik lebihan cukai syarikat Tahun Taksiran 2023 pada suku pertama 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 106 kes baharu, jumlah kumulatif kini 1,624 kes

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
24/03/2020
09:20 MYT
COVID-19: 106 kes baharu, jumlah kumulatif kini 1,624 kes
Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling. - Gambar fail
Malaysia mencatatkan 106 kes positif COVID-19 setakat Selasa, jam 12 tengahari menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,624 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling.
"63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.
"Sehingga kini, seramai 64 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan," jelasnya.
Dr Noor Hisham turut menjelaskan satu kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 70 tahun menjadikanb jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 15 kes.
BACA: COVID-19: Malaysia catat kematian ke-15
"Kes kematian ke-15 merupakan kes ke-1519, beliau mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-703 semasa solat Jumaat).
"KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau." ujarnya.
Pada masa sama Dr Noor Hisham turut memaklumkan, ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan jangkitan COVID-19 adalah dengan menggunakan teknik Real-Time Reverse TranscriptionPolymerase Chain Reaction (rRT-PCR).
"Ujian rRT-PCR yang dijalankan akan mengesan kehadiran virus COVID-19 yang terdapat di dalam badan pesakit. Justeru, ujian rRT-PCR COVID19 yang positif bermaksud individu tersebut telah dijangkiti oleh virus COVID-19.
"Manakala ujian melalui teknik rapid test kit (RTK) yang kini terdapat di pasaran adalah bagi mengesan antibodi yang terhasil di dalam badan akibat jangkitan yang dialami.
Antibodi muncul di dalam badan sekitar 5-8 hari selepas jangkitan. Ujian RTK yang mengesan antibodi tidak dapat mengesan virus dan membuat pengesahan pantas jangkitan.
"Oleh yang demikian, KKM menggesa orang ramai untuk tidak menjalani ujian RTK dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat khidmat nasihat dari Pengamal Perubatan, kerana ia berpotensi untuk menimbulkan salah tafsir dan keresahan terhadap keputusan ujian yang diperolehi," katanya.
Data Covid-19
Data Covid-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#kematian
#Ketua Pengarah Kesihatan
#koronavirus
#positif
#rapid test kit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan