awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Barisan hadapan diberi waktu rehat bergilir-gilir, khidmat kaunseling

Isabelle Leong
Isabelle Leong
05/05/2020
09:41 MYT
COVID-19: Barisan hadapan diberi waktu rehat bergilir-gilir, khidmat kaunseling
DR NOOR HISHAM: Barisan hadapan kesihatan dan juga kami di KKM bekerja siang malam tidak henti tetapi apa yang pasti adalah daripada pengorbanan kami, kami nampak hasilnya.
Waktu rehat akan diberikan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain khidmat kaunseling, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata memandangkan kes positif baharu COVID-19 serta penggunaan wad COVID-19 dan Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin berkurangan, kementeriannya akan menggunakan masa ini untuk memberikan cuti secara bergilir-gilir kepada kakitangan KKM.
“Barisan hadapan kesihatan dan juga kami di KKM bekerja siang malam tidak henti tetapi apa yang pasti adalah daripada pengorbanan kami, kami nampak hasilnya.
“Kami ingin menggunakan masa seminggu dua ini untuk memberikan cuti kepada kakitangan KKM secara bergilir-gilir dan juga memberi kaunseling kepada mereka.
“Ia supaya mereka dapat mempertahankan diri dalam menghadapi kebarangkalian berlakunya peningkatan kes lagi,” katanya dalam sidang media harian pada Selasa.
Katanya lagi, KKM juga akan mengadakan perancangan baharu untuk menyusun semula strategi dalam tempoh seminggu dua ini dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
“Kami akan menyusun semula strategi dari tenaga kerja, peralatan, hospital, makmal dan kesihatan awam dalam seminggu dua ini.
“Situasi wabak COVID-19 ini merupakan satu cabaran buat semua rakyat Malaysia dan inilah pertahanan terakhir kami untuk mengelakkan daripada bencana yang besar berlaku kepada Malaysia,” tambahnya.
Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang banyak bekerja keras untuk memastikan hasil pencapaian negara dalam memerangi COVID-19 setakat ini.
Dalam perkembangan yang lain, beliau mengumumkan terdapat satu lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 106 kes.
Katanya, setakat 12 tengah hari Selasa, terdapat 30 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 6,383 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#frontliners
#khidmat kaunseling
#KKM
#menyusun semula strategi
#petugas barisan hadapan
#tenaga kerja
#waktu rehat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan