awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua rakyat Malaysia positif dan sedang dirawat di Jepun

Bernama
Bernama
18/02/2020
02:11 MYT
COVID-19: Dua rakyat Malaysia positif dan sedang dirawat di Jepun
Kapal Diamond Princess (gambar) mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif. (Foto AP/Fail)
Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di negara tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya hari ini berkata, selain itu terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19.
"Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif.
"Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian COVID-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun," menurut catatan itu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
BACA: COVID-19: Peguam bidas tindakan AS, enggan tinggalkan kapal Diamond Princess
Semalam, media melaporkan sebanyak 455 penumpang kapal itu disahkan positif COVID-19 sehingga kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#Diamond Princess
#Facebook
#Jepun
#kapal
#kapal persiaran
#kuarantin
#Noor Hisham Abdullah
#Pelabuhan Yokohama
#penumpang kapal
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan