Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Hospital swasta sediakan 65 ventilator untuk KKM - APHM

COVID-19: Hospital swasta sediakan 65 ventilator untuk KKM - APHM
APHM berkata anggota hospitalnya secara kolektif menyediakan 900 katil dari 70 hospital swasta bagi menerima pesakit daripada hospital awam. - gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) bersedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi COVID-19.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, APHM berkata anggota hospitalnya secara kolektif menyediakan 900 katil dari 70 hospital swasta bagi menerima pesakit daripada hospital awam.

“Maklumat terperinci telah dimuktamadkan.

“Anggota hospital di bawah APHM juga menyediakan 65 ventilator untuk diberikan kepada KKM,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata KKM terbuka untuk menerima kerjasama hospital swasta termasuk membantu merawat pesakit COVID-19 di masa hadapan sekiranya kemudahan KKM tidak mencukupi.
Setakat 12 tengah hari Khamis (26 Mac), terdapat 235 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 2,031 kes.

BACA: COVID-19: Malaysia catatkan 23 kes kematian, 235 kes positif baharu

Sebanyak empat lagi kes kematian akibat COVID-19 juga dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 23 kes.



Tag: Persatuan Hospital Swasta Malaysia, APHM, Kementerian Kesihatan, KKM, kerjasama, ventilator, COVID-19, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.