Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (KPK) menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.
Bagi memudahkan orang ramai untuk memberi sumbangan kepada saluran yang betul, Astro AWANI senaraikan tabung bantuan khas yang dilancarkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan buat mereka terjejas dengan pandemik melanda negara ketika ini.
1. Tabung COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac memaklumkan inisiatif kerajaan untuk melancarkan Tabung COVID-19 dalam membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan.
Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat - Tabung Bantuan Bencana Negara).
BACA: Tabung COVID-19 kini cecah RM125,000
Dalam pada itu, agensi itu memaklumkan mereka yang layak perlu memuat turun dokumen di laman web www.nadma.gov.my dan permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA.
2. Tabung Musa’adah COVID-19 Jakim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri pada Selasa melancarkan Tabung Musa’adah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan membantu kerajaan meringankan beban pihak yang terjejas akibat pandemik ini.
Menerusi hantaran di Twitter rasmi, beliau berkata orang ramai boleh membuat sumbangan kewangan melalui nombor akuan 16027010001528 Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Tabung Bencana Alam sama ada melalui transaksi atas talian perbankan internet, deposit di mesin ATM dan sebagainya dengan Rujukan Derma Covid-19.
3. Tabung COVID-19 MedTweetMY
Sebuah organisasi berkaitan kesihatan, Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY), melancarkan tabung khas bagi memberi bantuan dan sokongan kepada semua petugas barisan hadapan negara seperti kakitangan hospital dan pasukan keselamatan.
Menerusi perkongsian organisasi itu di akaun rasmi Twitter, sumbangan boleh dibuat kepada nombor akaun yang tertera.
4. Mercy Malaysia
Mercy Malaysia pada 18 Mac melancarkan Tabung Pandemik COVID-19 untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan yang mengalami tekanan yang teruk berikutan penularan wabak itu dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengarah Eksekutif pertubuhan bukan berasaskan keuntungan itu, Amran Mahzan berkata sumbangan boleh dibuat melalui www.mercy.org.my atau terus kepada MERCY Humanitarian Fund (5621 7950 4126) atau MERCY Malaysia (CIMB 8000-7929-08).
BACA: Mercy Malaysia lancar tabung COVID-19
5. Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian
Selain pertubuhan bukan kerajaan, syarikat akhbar dan media juga antara saluran yang boleh diyakini.
Sinar Harian, dibawah operasi Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. pada Sabtu melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu petugas di barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.
Memetik laporan akhbar itu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 013-4228802 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).
6. Bantuan Kemanusiaan Covid-19 Media Prima Bhd
Sementara itu, sebuah syarikat penyiaran, MEDIA Prima Bhd melancarkan kempen mengumpul dana Bantuan Kemanusiaan COVID-19 menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP bagi membantu kerajaan terutamanya dalam merawat pesakit dan membantu mereka yang terjejas.
Pengerusi Media Prima, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid dalam satu kenyataan berkata, sumbangan boleh dibuat melalui cek, perbankan dalam talian atau deposit kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (MAYBANK: 5141-0532-3170).
Untuk pengeluaran resit, penderma boleh mengemel slip transaksi bank dengan menyatakan COVID-19 kepada [email protected].
7. Tabung PERWIRA COVID-19 Aman Palestin
Pertubuhan bukan kerajaan, Aman Palestin turut melancarkan Tabung PERWIRA COVID-19 bertujuan mengumpul dana untuk menyalurkan bantuan keperluan hospital dan petugas serta bantuan asas kesihatan seperti pakaian pelindung (PPE), topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
Bantuan boleh disalurkan ke akaun Aman Palestin Berhad seperti berikut:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: https://www.billplz.com/apbangi
8. Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan
Selain pegawai perubatan, pekerja pembersihan di hospital juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan kebersihan di pusat perubatan sentiasa terjaga.
Justeru, Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan turut mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan dari segi peralatan pencegahan seperti topeng muka kepada mereka.
Klik disini untuk maklumat lanjut bagi anda yang ingin menyumbang.
9. FV COVID-19 Support Fund
Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, IMAM Response and Relief Team (IMARET) turut tampil melancarkan tabung yang dinamakan FV Covid-19 Support Fund.
Orang ramai boleh menderma di pautan www.simplygiving.com/fv-covid19-support-fund.
10. KitaFund Tabung COVID-19: Bantu Jiran Kita
Tabung COVID-19 Bantu Jiran Kita merupakan inisiatif kempen dalam talian, KitaFund bersama individu, Priya Simmi yang juga dikenali sebagai Mrs World Malaysia 2019.
Difahamkan, bantuan kecemasan itu akan disalurkan kepada golongan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Klik disini untuk menyalurkan sumbangan anda kepada KitaFund.
Najmi Syahiran Mamat
Tue Mar 24 2020
Rakyat Malaysia yang ingin salurkan sumbangan pastikan anda menyumbang ke tabung yang disenaraikan.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Pegawai forensik SPRM sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.
Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.
COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.