awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
KPDN Pulau Pinang bongkar tiga sindiket seleweng minyak masak subsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster pengawal keselamatan dikesan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/05/2020
09:40 MYT
COVID-19: Kluster pengawal keselamatan dikesan
KKM telah mengesan satu lagi kluster baharu melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu lagi kluster baharu melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 10 kes positif COVID-19 iaitu sembilan warganegara Nepal dan seorang rakyat tempatan.
"Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenal pasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.
BACA: COVID-19: 39 kes baharu, 74 pulih dan tiada kematian
"Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat," katanya dalam sidang media harian di sini pada Khamis.
Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring dengan menyaksikan 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini.
"Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga telah diberikan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Cheras
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Media
#Nepal
#Noor Hisham Abdullah
#pendidikan
#rakyat
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan