Memandangkan banyak maklumat yang salah mengenai pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini.
Masih ramai yang belum mengetahui bahawa terdapat pasukan penyelidikan yang diketuai Malaysia, diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk hasil kerja mereka mengenai CoronaTracker iaitu platform sehenti untuk data dan berita berkaitan COVID-19.
CoronaTracker adalah projek berasaskan komuniti bermula dengan pembabitan seramai 400 sukarelawan di seluruh dunia terdiri daripada saintis data, pengamal perubatan profesional, pereka user interface/user experience (UI/UX), full stack developers (pembangun web) serta orang awam dan sehingga kini mempunyai lebih 1,800 sukarelawan.
Laman webnya, www.coronatracker.com, bertindak sebagai portal untuk orang ramai mengetahui perkembangan berita terkini mengenai COVID-19 serta mengumpul data untuk analisis lanjut.
Pasukan yang diketuai Fairoza Amira Hamzah, 29, menghasilkan kertas penyelidikan bertajuk "CoronaTracker: Analisis Data dan Ramalan Wabak COVID-19 di seluruh dunia", bertujuan untuk membuat ramalan mengenai kes COVID-19, kematian dan pemulihan melalui model ramalan dan menguraikan pola mengenai sentimen orang awam berkaitan penyebaran maklumat kesihatan.
Selain Fairoza, pasukan itu turut dianggotai penyelidik berbakat iaitu Lau Cher Han; Hafeez Nazri; Dominic Vincent Ligot; Lee Guanhua; Tan Cheng Liang; Mohammad Khursani Mohd Shaib; Ummi Hasanah Zaidon; Adina Abdullah; Chung Ming Hong; Ong Chin Hwee; Chew Pei Ying dan Roland Emmanuel Salunga.
Anak kelahiran Tangkak itu menyatakan sejak hari pertama, pasukan tersebut melakukan semuanya secara online, menggunakan pelbagai platform seperti Trello untuk menjejaki setiap tugas, Slack untuk berkomunikasi antara satu sama lain, Telegram untuk berkomunikasi dengan orang awam, GitHub untuk berkongsi kod, Google Drive untuk berkongsi dan menyimpan data, Zoom untuk mesyuarat dalam talian serta Amazon Web Services (AWS) dan Netlify untuk menyimpan data.
"Maklumat kami boleh dipercayai kerana sumber disahkan sebelum dimasukkan ke dalam laman web dan dikongsi dengan orang ramai.
"Dalam fasa pertama, kami bermula dengan mengumpulkan berita dari Malaysia, CNN, BBC dan Tencent, diikuti mendapatkan data dari Johns Hopkins University, WHO dan berita pelbagai bahasa dari Jepun, China, Malaysia, Vietnam, Itali dan lain-lain," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains Maklumat dan Kejuruteraan Kawalan dari Universiti Teknologi Nagaoka, Jepun, berkata kerja keras selama dua bulan bermula 25 Jan lepas berbaloi apabila kertas penyelidikan mereka diterbitkan dalam buletin online WHO di https://www.who.int/bulletin/online_first/20-255695.pdf pada 19 Mac 2020.
Fairoza berkata pasukan itu akan meneruskan fasa kedua penyelidikan iaitu mereka merancang untuk mengkaji cara membendung penularan pandemik itu dengan mengkaji pelaksanaan pemulihan setiap negara dan faktor yang mempengaruhi penularan wabak tersebut.
Memandangkan COVID-19 terus merebak ke seluruh dunia, pasukan itu meramalkan penyelidikan mereka akan memasuki fasa ketiga dan keempat.
Mengimbau kembali, Fairoza berkata ia bermula dengan hantaran Lau di Facebook pada Januari yang memulakan usaha pasukan itu untuk menyediakan data yang boleh dipercayai untuk disalurkan kepada orang ramai.
"Saya lihat hantaran Lau dalam Facebook untuk kumpulan pereka UI/UX dan saya memutuskan untuk menyertai beliau.
"Pada mulanya saya begitu teruja untuk mengetahui apakah yang beliau cuba bangunkan dan apakah situasi semasa dalam data komuniti sains Malaysia. Kemudian dia minta saya mengetuai pasukan penyelidikan di sini, dan bermula dari situlah saya terlibat secara aktif," katanya.
Ditanya mengenai pandangan peribadi beliau mengenai pandemik ini, Fairoza berharap orang ramai dapat memainkan peranan mereka untuk memerangi COVID-19 bersama-sama, supaya wabak ini dapat berakhir secepat mungkin.- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 23 2020
Pasukan penyelidikan diketuai Malaysia, diiktiraf WHO bagi hasil kerja mereka mengenai CoronaTracker. Gambar hiasan Reuters.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Pasukan penyelidikan diketuai Malaysia dapat pengiktirafan WHO
Pasukan penyelidikan yang diketuai Malaysia, diiktiraf WHO untuk hasil kerja mereka mengenai CoronaTracker iaitu platform sehenti untuk data dan berita berkaitan COVID-19.